Anugerah Juara Lagu! Ini Dia Ramalan 12 Lagu Berentap Di AJL Ke-35! – Manis Madu
Ramalan 12 Lagu Berentap Di AJL Ke-35

Anugerah Juara Lagu! Ini Dia Ramalan 12 Lagu Berentap Di AJL Ke-35!

Setiap tahun, Anugerah Juara Lagu antara acara yang ditunggu-tunggu oleh Madu! Setiap tahun Madu akan ramal sendiri 12 lagu yang akan berentap di pentas AJL dan tahun ini tak terkecuali tapi yang bestnya Madu akan kongsi ramalan ini bersama Maduners!

 

Sebelum Madu senaraikan ramalan 12 lagu tersebut, nampaknya tahun ini memang betul dominasi daripada BBNU!

 

Hampir separuh daripada senarai Madu adalah lagu daripada artis-artis baru dalam industri muzik, tapi tak bermaksud lagi mereka tak layak, semua hebat uols!

 

Sedar tak sedar banyak juga kolaborasi tahun ini diantara artis tanah air kita! Dah cukup introduction, jom Madu kongsi 12 ramalan lagu yang akan ke berentap di AJL ke-35!

1. Gila – Kaka Azraf, Noki & Loca B

Masa permulaan lagu pun dah meremang dengar dan dengan alunan lagu yang mantap, sudah tentu lagu Gila ini menjadi salah satu lagu daripada ramalan 12 lagu.

Salah satu lagi sebab kenapa lagu termasuk dalam ramalan Madu adalah kerana lagu ini dikatakan memberi mesej mengenai kesihatan mental yang mana antara salah satu isu besar pada masa kini.

2. 7 Nasihat – Siti Nurhaliza

Hasil gabungan muzik hip hop dan alunan irama etnik kreatif, ditambah pula dengan suara buah hati rakyat Malaysia, Dato Sri Siti Nurhaliza bersama dengan lirik yang penuh makna, SEMPURNA!

 

Tapi yang Madu juga tertanya-tanya, kalau lagu ini berjaya menepati ramalan Madu, siapakah gelaran yang akan menyampaikan lagu ini di atas pentas menggantikan Siti Nurhaliza? Dah terjawab persoalan ini bila berita Shiha Zikir yang akan menggantikan Siti Nurhaliza diumumkan pada Selasa (17 Nov) yang lepas,

3. Semalam – Aina Abdul

Bila dengar jerr suara Aina Abdul terus meremang Madu dibuatnya, tambah-tambah bila nada tinggi!

Lepas dibanjiri kontroversi terhadap persembahannya pada AJL tahun lepas dengan lagu Sumpah, tahun ini Madu ramal lagu semalam dari Aina Abdul akan menjadi salah satu dari 12 lagu yang akan ke pentas AJL, lirik lagu Semalam ini pun power!

4. Sembah – Naim Daniel ft Man Keedal

Ini dia pemenang AJL untuk tahun lepas dengan lagu Sumpah, dan untuk tahun ini lagu Naim Daniel ft Man Keedal iaitu Sembah menjadi salah satu lagu dalam senarai ramalan Madu.

 

Lirik lagu ini memang puitis, adakah lagu ini akan menjadikan Naim Daniel pemenang untuk dua tahun berturut-turut? Sama-sama kita tunggu!

5. SAKIT – Zynakal ft Yonnyboii

Dua artis baru yang memang lagu mereka penuh dengan lirik bermakna terutaman sesuai untuk generasi zaman sekarang.

Satu lagi lagu yang berada dalam ramalan 12 lagu yang mana lagu ini menyentuh isu mental dan menurut Zynakal, lagu ini dikeluarkan sebagai satu tanda memohon maaf atas kesilapannya yang dahulu. Ala-ala maksud tersirat, lirik memang memainkan peranan besar!

6. Takdir Tercipta – Hafiz & Adira

Gandingan buat kali kedua selepas Ombak Rindu, kali ini Hafiz dan Adira berganding semula dengan lagu Takdir Tercipta yang mana lagu ini adalah OST untuk drama Lelakimu Yang Dulu lakonan Sharnaaz Ahmad dan Nelydia Senrose.

7. EH – Zizi Kirana

Lagu ini memang ditujukan semula kepada netizen, dengan lagu yang catchy dan viral menjadi sebab kenapa lagu ini dalam senarai 12 lagu ramalan AJL ke-35. Buat mak cik-mak cik bawang boleh dengar lagu ini untuk cuba ikhlas!

8. Hutang – Floor 88

Memang tak lengkap AJL kalau tak ada pencalonan untuk band! Dengan lirik yang semua orang boleh kaitkan dalam kehidupan mereka, Madu ramal lagu Hutang dari Floor 88 akan menjadi salah satu lagu dalam ramalan Madu.

 

Kalau nak tahu music video mereka dekat Youtube dah 66 juta tontonan!

9. Peluang Kedua – Nabila Razali

Walaupun ramai netizen yang marah bila Hael Husaini beri lagu ini kepada Nabila Razali, tapi tetap best lagu ini, terngiang-ngiang dalam kepala bila lepas dengar, terus tersangkut.

Ramai yang nak tengok, kalau ini menepati ramalan 12 lagu Madu, mampukah Nabila Razali membawa lagu Peluang Kedua ini secara live selepas kejadian terkucil dirinya pada tahun ini menjadi bualan hangat netizen.

 

Dengan ada Nabila Razali dalam senarai finalis, Madu pasti rating untuk malam final nanti pasti mencanak ke langit!

10. Kelabu – Yonnyboii, Azlan & The Typewriter

Dengar lirik pun dah cukup mendayu sedih dia, tambah pula tengok muzik video dia, meremang terus bulu roma Madu, mendalam maksud dia. Pada usia muda, Yonnyboii boleh sampaikan emosi menerusi lirik yang ditulis sendiri! Memang hebat, tak ramai yang boleh buat!

11. Takkan Terlerai – Ernie Zakri & Syamel

Lirik daripada Ernie Zakri dan Syamel sendiri dan juga Ahmad Fedtri Yahya yang memang terkenal dengan lirik yang puitis. Ini adalah gandingan kedua diantara Syamel dan Ernie selepas mereke berdua menang vocal terbaik untuk lagu Aku Cinta pada AJL ke-32.

12. X Missing u – Dayang Nurfaizah, Faizal Tahir, Tuju & Yonnyboii

Satu lagi ramalan lagu yang akan ke pentas AJL yang merupakan gandingan artis baru dan lama! Bagi Madu, lagu ini adalah elemen fresh, sesuatu yang baru tak boleh nak diungkapkan tapi sangat catchy!

 

Tak sabar nak tunggu senarai keluar 22 November ini, agaknya betul ke ramalan Madu? Sama-sama kita tunggu!

Post a Comment