“Apa Dia Kekoh Sampai Hancur?” Wanita Nak ‘Upah’ 5 Plastik Untuk Ajar Makan Etok – Manis Madu
“Apa Dia Kekoh Sampai Hancur_” Wanita Nak ‘Upah’ 5 Plastik Untuk Ajar Makan Etok

“Apa Dia Kekoh Sampai Hancur?” Wanita Nak ‘Upah’ 5 Plastik Untuk Ajar Makan Etok

Jika ‘terbang’ ke negeri pantai timur yang satu ini, cukup terkenal dengan pelbagai keenakan makanan yang ada di sana. Syurga makanan orang cakap! Bukan sahaja sedap, harga tak masuk akal pula. Sedap dan murah!

 

Salah satu makanan yang sinonim dengan warga Kelantan ialah etok. 

 

Untuk info Maduners, etok merupakan ‘signature’ masyarakat Kelantan satu level dengan nasi kerabu. Kebiasaannya etok di makan ketika menikmati nasi kerabu dan dijadikan sebagai penambah selera kerana rasanya yang lemak manis.

 

Bagi orang Kelantan, etok adalah seperti kudapan atau lebih kurang seperti keropok untuk dimakan ketika bersantai menonton televisyen atau berkelah di waktu petang.

 

Etok boleh dimasak dengan pelbagai cara seperti masak gulai lemak putih, singgang, salai dan goreng berempah. Paling popular adalah dimasak secara salai seperti yang sering ditemukan jualan di tepi jalan.

 

Baru-baru ini terdapat satu video di laman TikTok yang tular tentang seorang wanita menceritakan cara-cara memakan etok. Slumber jerr wanita yang dikenali sebagai Che Su ini buka kulit etok dengan gigi!

“Siapa tak pandai makan etok? Mari nak ajar. Ambik etok ni, ‘punggung’ dia letak bawah macam ni. Hok di atas kacip,” dan dengan semudah itu Che Su dapat menikmati etoknya.

 

Che Su yang juga menggelarkan dirinya Ratu Etok kerana sangat minat dengan kudapan itu juga berseloroh menyelar mereka yang tidak pandai memakan etok. Ada yang makan sampai kulit hancur!

 

“Apa dia kekoh sampai hancur? Sapa tak pandai makan etok? Meh… mari beratur depan rumah Che Su bawak etok lebih 5 supik (plastik) aku ajar,” 

 

Lepas ini kalau Maduners berkunjung ke Kelantan, jangan takut cuba makan etok okay! Jangan lupa untuk bawa 5 supik etok untuk belajar cara makan dengan Che Su.

Post a Comment