Apa Fungsi Butang Kecil Dekat Jeans Anda? Ketahui Pelbagai Fungsi Benda Sekeliling Anda Yang Kita Tak Ketahui – Manis Madu
Ketahui Pelbagai Fungsi Benda Sekeliling Anda Yang Kita Tak Ketahui

Apa Fungsi Butang Kecil Dekat Jeans Anda? Ketahui Pelbagai Fungsi Benda Sekeliling Anda Yang Kita Tak Ketahui

Ramai yang tidak tahu sebenarnya banyak benda di sekeliling kita ada fungsinya yang tersendiri tetapi kita tidak sedar, termasuklah Madu sendiri.

 

Pengetahuan itu harus dikongsi! Jadi, jom kita tengok perkara-perkara yang kita kurang beri perhatian tetapi ada tersembunyi fungsi yang menarik.

1. Butang Kecil pada Jeans

jeans-denim

Kalau Maduners perasan ada satu butang kecil di belakang seluar, itu adalah rivets yang fungsinya sebagai pelekat pada kawasan yang berpotensi untuk koyak.

 

Contoh macam poket belakang dan poket tepi seluar. Bukan sebab butang itu buat Maduners nampak extra stailo bila pakai seluar.

2. Nombor ‘57’ Menandakan Titik Tengah pada Botol

Mungkin Madu antara 11% rakyat yang beranggapan nombor ‘57’ tiada kaitan dengan label produk. Sebenarnya di situ yang menjadi titik tengah untuk tuangkan sos daripada botol.

Dah tahu, jadi lepas ini tak perlu susah-susah nak ketuk bahagian bawah botol sos. Mudah!

3. Alur Kecil pada Dasar Cawan

Alur Kecil pada Dasar Cawan

Alur kecil yang direka pada bahagian bawah cawan berfungsi untuk memudahkan tugas mencuci cawan.

 

Terbalikkan cawan dan biarkan lebihan air tersebut mengalir dengan mudah tanpa perlu mengibas cawan. Ia juga turut berfungsi suntuk aliran sejuk mengalir dan elakkan cawan merekah.

4. Lubang pada Pemegang Periuk.

Lubang pada Pemegang Periuk

Sumber Gambar: www.reddit.com

Mesti ramai yang ingat lubang pada pemegang itu untuk memudahkan kita mengantung periuk tetapi sebenarnya kita boleh letak senduk sewaktu kita sedang memasak.

5. ‘Telinga’ beanies Bukan Sekadar Perhiasan

‘Telinga’ beanies Bukan Sekadar Perhiasan

Kalau Maduners ada yang terselamat daripada terhantuk siling dinding rendah, maka anda patut berterima kasih pada ‘telinga’ yang ada pada beanies yang dipakai.

6. Lubang Kecil pada Awal Pita Pengukur

Lubang Kecil pada Awal Pita Pengukur

Sumber Gambar: brightside.me

Buat kerja mengukur, tapi tak ada yang nak bantu? Jangan risau, Cuma letakkan paku pada lubang kecil yang ada pada pita pengukur, dan lakukan tugas anda.

 

Tak perlu ada ‘tangan tambahan’ pun nak selesaikan tugas. Itulah fungsi lubang kecil tersebut, memudahkan kerja kita.

7. Berus pada Bahagian Tepi Eskelator

Berus pada Bahagian Tepi Eskelator

Tipulah kalau tak pernah berus kasut bila guna eskelator. Berus itu sebenarnya membantu mengelakkan kain terseret masuk ke dalam eskelator dan akhirnya berlaku kemalangan.

Sebenarnya banyak lagi fungsi kurang diketahui orang ramai. Nanti Madu share yang lain pula untuk Maduners semua!

Post a Comment