Apple Perkenal Warna Ungu Untuk iPhone 12 & iPhone 12 Mini – Manis Madu
Apple Perkenal Warna Ungu Untuk iPhone 12 & iPhone 12 Mini

Apple Perkenal Warna Ungu Untuk iPhone 12 & iPhone 12 Mini

Sebelum ini Apple telah mengeluarkan iPhone 12 dan iPhone 12 Mini dengan 5 variasi warna berbeza iaitu putih, hitam, biru, hijau dan merah. Terbaru, Apple mengumumkan bahawa kedua-dua model telefon pintar itu bakal dilancarkan dengan warna terbaru iaitu warna ungu!

apple_iphone-12-spring21_purple_768

Meskipun begitu, spesifikasi telefon pintar itu masih lagi sama seperti asal cuma mengalami perbezaan pada warna dengan kemasan berwarna ungu.

apple_iphone-12-spring21_durable-design-display_us_768

iPhone 12 dan iPhone 12 Mini berwarna ungu ini akan berada di lebih 30 buah negara bermula 30 April 2021 dan tempahan dibuka dari 23 April 2021.

 

Harga bagi warna baru ini ditawarkan seperti berikut:

 

  • iPhone 12 Mini 64GB – RM3,399
  • iPhone 12 Mini 128GB – RM3,899
  • iPhone 12 Mini 256GB – RM4,099
  • iPhone 12 64GB – RM3,899
  • iPhone 12 128GB – RM4,099
  • iPhone 12 256GB – RM4,599

 

Harga yang ditawarkan bagi iPhone 12 dan iPhone 12 Mini ini sedikit berbeza dengan lima warna lain namun bagi mereka yang gilakan warna sebegini, harga tidak menjadi masalah.

 

Haa, ada tak Maduners yang minat warna ungu? Sesuai sangat kalau upgrade ke iPhone 12 atau iPhone 12 Mini dengan warna ungu ni!

Post a Comment