Artis Gelaran ‘Atok’ Didakwa Lakukan Gangguan Seksual Ke Atas Remaja Perempuan – Manis Madu
Artis Gelaran ‘Atok’ Didakwa Lakukan Gangguan Seksual Ke Atas Remaja Perempuan

Artis Gelaran ‘Atok’ Didakwa Lakukan Gangguan Seksual Ke Atas Remaja Perempuan

Kes rogol dan gangguan seksual dilihat semakin hari semakin berleluasa dan seolah tidak memberi apa-apa kesan pada si pelaku.

 

Baru-baru ini seorang artis lelaki 80-an yang juga bapa kepada penyanyi wanita terkenal ditahan pihak polis kerana didakwa melakukan amang seksual secara fizikal kepada seorang remaja perempuan sejak Ogos tahun lalu.

 

Menurut laporan Harian Metro, Ketua Polis Daerah Subang Jaya Asisten Komisioner Abd Khalid Othman berkata, pihaknya menerima laporan berkaitan kejadian itu pada 21 Julai lalu jam 3 petang.

 

Tambah beliau, kejadian pertama yang berlaku ke atas mangsa berusia 14 tahun itu difahamkan pada Ogos 2020 di rumah kawan ibunya di sebuah kondominium yang terletak di Puchong Prima.

 

“Dalam kejadian ini, ia membabitkan seorang suspek yang dikenali sebagai atok berusia 65 tahun” – Abd Khalid

 

Suspek juga didakwa melakukan dua lagi amang seksual fizikal terhadap mangsa yang masih bersekolah di tingkatan dua di sebuah sekolah menengah di Puchong pada Oktober dan November 2020.

 

Kedua-dua kejadian itu difahamkan berlaku di rumah suspek dan perkara yang sama sekali lagi berlaku pada Januari lalu.

 

Disebabkan perasaan takut dan tidak tahu untuk memulakan perbualan, mangsa hanya mampu mendiamkan diri sahaja selama ini.

 

Susulan itu, pihak polis telah menahan suspek terbabit di perkarangan Balai Polis USJ 8, pada 21 Julai lalu jam 11 malam.

 

Memandangkan suspek mengalami sakit jantung, dia bagaimanapun sudah dibebaskan dengan jaminan polis.

 

Kes tersebut disiasat mengikut Seksyen 14(a) Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017.

Post a Comment