Awas! Bahan Beracun Dalam Barangan Kosmetik Yang Wajib Tahu Dan Patut Dielakkan – Manis Madu
Awas! Bahan Beracun Dalam Barangan Kosmetik Yang Wajib Tahu Dan Patut Dielakkan

Awas! Bahan Beracun Dalam Barangan Kosmetik Yang Wajib Tahu Dan Patut Dielakkan

Waswas dengan bahan digunakan dalam produk kosmetik Maduners? Jom baca artikel ini untuk lebih tahu tentang bahan beracun!

1. Hydroquinone

Hydroquinone1-768x570

Sumber Gambar: zo-skinhealth.co.uk

Hydroquinone ini paling seram bagi Madu. Kenapa? Kalau gunakan produk yang mengandungi bahan ini, kita boleh ada dalam risiko untuk kanser kulit.

 

Korang tak takut ke? Bukan kanser kulit sahaja, nanti kulit akan jadi kemerahan dan juga hipersensitif. Scarrryyyy!

2. Tretinoin

Tretinoin-Cream

Sumber Gambar: cartpharmacy.com

Pernah tak rasa kulit pedih dan menggelupas setelah beberapa hari menggunakan sesuatu bahan kosmetik? Kalau ada, cuba periksa semula produk tersebut. Tretinoin ini hipersensitif kepada matahari, confirm kulit memang selalu tak selesa.

3. Betamethasone (Topical Steroid)

Acneiform eruptions due to topical steroid abuse

Sumber Gambar: www.e-ijd.org

Betamethasone akan menipiskan kulit secara tidak normal. Lagi nipis kulit kita, lagi senang berjerawat dan mengalami iritasi. Maduners sanggup ke alami semua itu?

4. Merkuri

mercury

Sumber Gambar: houstonchronicle.com

Merkuri ini pula memang dah bertahun-tahun Madu tengok, masih ada pengeluar kosmetik yang berani gunakan dalam produk mereka.

 

Antara keburukan yang akan berlaku kalau produk digunakan ialah buah pinggang dan sistem saraf berpotensi untuk rosak. Dalam jangka masa yang pendek, mungkin tak perasan kerana efeknya dalam jangka masa yang panjang.

5. Paraben

parabens-cosmetics-safety

Sumber Gambar: blog.caretobeauty.com

Menurut Odacite, selalunya, Paraben digunakan sebagai bahan pengawet terutamanya dalam pelembap dan juga deodoran. Ia dikatakan berbahaya kerana menyumbang kepada ketidakseimbangan hormon.

 

Namun begitu, ia selamat digunakan dalam kuantiti yang terkawal dalam barangan kosmetik.

Panjang lebar Madu berleter hari ini. Jadi, lebih baik jika Maduners semua berhati-hati dalam penggunaan kosmetik. Check dulu isi kandungan sebelum guna!

Post a Comment