B40, M40 & T20: Apakah maksudnya – Manis Madu

B40, M40 & T20: Apakah maksudnya

Di Malaysia, hidup secara berperingkat merupakan cara hidup rakyat Malaysia sejak zaman dahulu lagi. Kini, B40, M40 dan T20 sangat terkenal di Malaysia. Tapi Maduners tahu ke maksud di sebalik huruf dan nombor ini? Mari Madu terangkan dengan lebih lanjut.

 

B40, M40 dan T20 ialah untuk mengelaskan household income rakyat Malaysia secara berperingkat. Iaitu bermula dari kelas bawahan, kelas pertengahan dan kelas atasan. Mari kita lihat pula maksud disebalik B40, M40 dan T20 pula.

B40 atau lebih dikenali sebagai Bottom 40% dikategorikan untuk kelas bawahan. Maduners yang dikategorikan dalam kelas ini mendapat household income range dalam RM4,360.

 

M40 atau dikenali sebagai Middle 40% dikategorikan untuk kelas pertengahan. Maduners yang dikategorikan dalam kelas ini mendapat household income range antara RM4,360 hingga RM9,619.

 

T20 atau lebih dikenali sebagai Top 20% dikategorikan untuk kelas atasan. Maduners yang dikategorikan dalam kelas ini mendapat household income range dalam RM 9,619.

Sekarang Maduners dah tahu apa maksud B40, M40 dan juga T20 kan?  Baguslah begitu. Harap Maduners tidak lagi rasa keliru dengannya.

Sumber: Mysumber.com, MSN

Post a Comment