Baby Yoda Frap? Ini Dia 7 Menu ‘Rahsia’ Yang Korang Boleh Order Di Starbucks! – Manis Madu
Menu Rahsia Di Starbucks Baby Yoda Frap

Baby Yoda Frap? Ini Dia 7 Menu ‘Rahsia’ Yang Korang Boleh Order Di Starbucks!

Siapa di sini penggemar Starbucks tapi dah bosan kerana asyik beli minuman yang sama ajer? Kalau ya Maduners berada di artikel yang betul sebab hari ini Madu nak senaraikan resepi ‘rahsia’ yang korang boleh customize di Starbucks!

1. White Mocha and Caramel Drizzle

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Lally | Food + Lifestyle (@athomewithlally) on

Minuman ini merupakan antara salah satu minuman Starbucks yang pernah viral di Tiktok dan ianya terkenal sebagai cold brew white mocha dan extra caramel drizzle. Madu sangat recommend kepada Maduners yang suka caramel untuk pesan minuman ini. Apa yang penting, netizen-netizen yang pernah try resepi ini mengatakan ianya sangat sedap!

 

Resepi:

  • Ice white mocha saiz Venti
  • Sweet cream foam
  • Caramel drizzle (extra)

2. Butterbeer Frappucino

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Yasmine Zalman 💋 (@yasminezalman) on

Jangan risau Maduners, minuman ini tiada alkohol. Ianya dinamakan sebagai Butterbeer kerana diinspirasikan daripada filem Harry Potter. Peminat tegar Harry Potter wajib cuba minuman ini!

 

Resepi:

  • Order Vanilla Frappucino
  • 3 pam sirap Toffee Nut
  • 3 pam sirap Karamel
  • Susu rendah lemak
  • Tambahkan dengan whipped cream
  • Caramel drizzle (extra) di keliling cawan untuk mendapatkan feel ala-ala Butterbeer

3. Lemonade with Strawberry Acai

Kalau Maduners teringin nak minum air yang fresh pula boleh cuba jus Lemonade dari Starbucks ini! Best kalau minum bila musim panas.

 

Minuman ini berinspirasikan musim summer atau lebih mudah musim panas githeww.

 

Resepi:

  • Lemonade saiz Venti
  • 6 pam raspberries
  • Tambahkan strawberi acai

4. Pink Drink!

 

View this post on Instagram

 

A post shared by @my_pink_drink_page on

Inilah dia minuman Pink yang perfect! Kepada sesiapa yang dah bosan atau mahu mencuba minuman selain kopi di Starbucks boleh cuba dengan minuman ini dulu. Cakap ajer dekat barista yang korang nak ‘Pink Drink’ dan ikut resepi di bawah ni. Tengok warna pun menarik semacam!

 

Resepi:

  • Pink drink
  • Ais extra
  • Puri strawberi
  • Double blended

5. Iced Chai Latte with Pumpkin Cream

Berbanding dengan resepi lain, minuman ini adalah lebih simple dan mudah untuk dipesan. Sikit jer resepi dia tapi confirm buat Maduners nak cuba banyak kali!

 

Resepi:

  • Iced Chai Latte
  • Pumpkin Cream cold foam

6. Baby Yoda Frap

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Scull² Design Co. (@scullsquared) on

Kalau tadi Madu kongsikan resepi untuk peminat Harry Potter, sekarang untuk peminat-peminat Star Wars pulak! Minuman ini dipanggil sebagai Baby Yoda Frap sebab ianya bewarna hijau. Jom kita tengok apa resepi minuman ini!

 

Resepi:

  • Matcha Green Frappuccino
  • Caramel drizzle

 

Untuk topping:

  • Tambahkan whipped cream
  • Caramel
  • Caramel Ribbon Crunch

7. Jack Skellington

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Saira 👀 (@magicalsaiduck) on

Sesuai dengan tema Halloween minuman ini sangat best untuk diminum musim-musim spooky ini!

 

Resepi:

  • Pumpkin Spice Frappuccino
  • Chai shot
  • Espresso shot

 

Untuk topping:

  • Whipped cream
  • Java chips

So lepas ini Maduners tak terlalu bosan bila nak minum dekat Starbucks sebab dah banyak pilihan nak cuba! Tinggal customize jerr! Selamat mencuba Maduners!

Post a Comment