Bagi FREE Sports Car Macam Bagi Gula-gula. Biar Betul?! – Manis Madu
Manis-Madu-FI

Bagi FREE Sports Car Macam Bagi Gula-gula. Biar Betul?!

Jenama kosmetik tempatan meningkat naik, MEERACLE cetus fenomena apabila hadiahkan empat buah kereta mewah berkuasa tinggi termasuk sebuah Porsche 718 Cayman dan tiga buah Ford Mustang 5.0 GT kepada wakil jualan yang menunjukkan prestasi cemerlang sepanjang tahun 2020.

B_S03034_768
P3300313-768

Majlis yang berlangsung di Sentul Depot semalam melihatkan keempat-empat kereta tersebut dimenangi oleh kaum wanita!

P3300338-768

Siti Azlina atau lebih dikenali sebagai Kak Lin adalah individu yang berjaya mendapat Porsche 718 Cayman yang berwarna biru muda. Dalam temubual, Kak Lin berkata zaman sekarang sebagai wanita kita boleh mencari pendapatan sendiri, guna peluang sebaik mungkin untuk berjaya.

Manakala tiga buah Ford Mustang 5.0 GT pula berjaya jatuh ke tangan Diana (Biru), Nurul Aini (Oren) dan Nazariah (Perak).

P3300245-768
P3300324-768
P3300317-768

Eksekutif Pemasaran dan Komunikasi MEERACLE, Bella Luna menyatakan bahawa hadiah bernilai jutaan ringgit itu adalah sebagai tanda penghargaan syarikat kepada semua wakil jualan yang telah menjadi faktor utama kejayaan produk MEERACLE di peringkat global.

 

“Meskipun ekonomi negara terjejas akibat pandemik sepanjang tahun lalu, ejen dan stokis MEERACLE bukan sahaja mampu mencapai sasaran jualan, malah berjaya menjual melebihi sasaran semasa perintah kawalan pergerakan dilaksanakan,” jelasnya.

Meeracle-Sport-Cars-Reward-March-2021_Group-Photo

MEERACLE mula bertapak dalam industri kecantikan tempatan sejak 2015 dengan produk sulungnya, Gemstone Facial Serum’ dan bakal melancarkan dua lagi produk terbaharu tidak lama lagi iaitu MEERACLE Gemstone Facial Serum dan Cleanser Advance Formula.

 

Tahniah diucapkan kepada kaum wanita yang berjaya bukti diri mereka boleh bersama Meeracle! Kalau Maduners nak jana pendapatan dan berjaya juga macam mereka di Meeracle boleh sertai sekarang!

Post a Comment