Bahan Terbaik Untuk Lawan Musuh Jerawat Di Muka! – Manis Madu
Bahan Terbaik Untuk Lawan Musuh Jerawat Di Muka!

Bahan Terbaik Untuk Lawan Musuh Jerawat Di Muka!

Memiliki kulit muka jenis sensitif dan berjerawat pasti tahu struggle untuk memulihkannya. Kadang-kadang dah berhabis ribuan ringgit untuk produk atau rawatan kecantikan tetapi hasilnya biasa-biasa sahaja.

karelys-ruiz-PqyzuzFiQfY-unsplash (1)

Oleh itu, pengetahuan tentang kandungan yang bersesuaian digunakan sangat penting! Hari ini Madu akan kongsikan bahan-bahan yang sangat sesuai untuk merawat kulit jenis berjerawat.

1. Salicylic Acid

Salicylic Acid memang familiar sebagai bahan yang dapat mengatasi jerawat. Bahan yang satu ini boleh mencegah daripada pori tersumbat dan mengawal minyak berlebihan di muka.

 

Salicylic Acid kebiasaannya digunakan dalam produk sekitar 0.5% hingga 5% sahaja.

2. Benzoyl Peroxide

Seterusnya, bahan yang dikenali sebagai Benzoyl Peroxide ini juga tidak kalah hebatnya untuk mengatasi jerawat. Bahan ini mampu mengurangkan penghasilan minyak berlebihan di muka, membunuh bakteria penyebab jerawat dan menghilangkan sel kulit mati yang membuatkan pori-pori tersumbat.

 

Biasanya dalam produk-produk kecantikan akan mengandungi tidak lebih daripada 2.5% hingga 10% supaya berkesan mengatasi jerawat.

3. Tea Tree Oil

chelsea-shapouri-r40EYKVyutI-unsplash (1)

Bahan ini pula boleh dikategorikan sebagai bahan organik tetapi tetap power lawan jerawat tau! Tea tree oil memiliki sifat anti-bakteria dan membantu menghilangkan segala jenis bendasing yang tersumbat dalam pori-pori.

 

Tea tree oil juga merupakan bahan yang sudah lama digunakan untuk mengatasi kulit berjerawat. Pelbagai kajian juga menunjukkan bahan ini terbukti efektif untuk masalah jerawat.

4. Alpha Hydroxy Acids (AHA)

Pernah dengar kan tentang AHA? Haa, AHA memiliki kemampuan untuk membuang sel kulit mati yang menyumbat pori-pori sekaligus membantu meredakan keradangan pada kulit berjerawat. Terdapat dua jenis AHA yang biasa digunakan dalam skincare iaitu glycolic acid dan lactic acid.

 

Bahan aktif ini akan merangsang pembentukan sel kulit yang baru sehingga pori-pori nampak lebih kecil dan kulit menjadi lebih bersih. Produk yang mengandungi AHA biasanya boleh didapati dalam toner, lotion atau serum.

5. Clay

chris-knight-P4-4J9QF7rI-unsplash (1)

Kandungan bahan aktif yang satu ini selalu kita jumpa dalam produk masker muka. Clay atau tanah liat ini mampu membuang kotoran seperti minyak dan komedo sehingga kulit wajah menjadi lebih halus dan mulus.

 

Clay juga berkesan mengecutkan jerawat dan selalu digunakan untuk exfoliate kulit tanpa menyebabkan iritasi.

6. Azelaic Acid

Bahan ini jarang didengar, boleh dikatakan sebagai underrated ingredient tetapi sangat bagus untuk mengatasi masalah jerawat. Azelaic acid bertindak untuk membunuh bakteria jerawat, mengurangkan kemerahan dan membantu mengurangkan pigmentasi.

 

Bahan-bahan yang Madu senaraikan ini adalah antara bahan terbaik untuk kulit berjerawat. Maduners carilah produk yang mengandungi bahan-bahan ini tetapi pastikan kandungannya dalam peratus yang dibenarkan. Risau lain pula jadinya kalau digunakan secara berlebihan.

 

Paling penting sekali, untuk mendapatkan kulit yang sihat, consistency adalah paling utama. Pakai secara berterusan untuk mendapatkan hasil yang baik.

Post a Comment