Baju Kelawar Paling Famous? Nak Tidur Pun Kena Bergaya Dengan Jenis Pakaian Tidur! – Manis Madu
jenis pakaian tidur

Baju Kelawar Paling Famous? Nak Tidur Pun Kena Bergaya Dengan Jenis Pakaian Tidur!

Untuk mendapatkan tidur yang lebih nyenyak dan selesa, jenis baju dan fabrik yang digunakan penting bagi wanita. Bukan hanya jenis fabrik sahaja, corak yang menarik juga menjadi tarikan utama bagi para wanita.

 

Kalau korang perhatikan pakaian tidur wanita sahaja ada beberapa jenis. Tak macam lelaki, mereka pakai t-shirt jerr pun dah cukup atau mungkin ada sesetengah lelaki tidak berbaju pun semasa tidur.

 

Hari ini Miera nak kongsikan kepada Maduners semua antara pakaian tidur yang terbaik untuk wanita pakai.

1. Kelawar

baju-kelawar

Sumber : sellk

Baju kelawar merupakan baju tidur yang wujud dan dipakai oleh orang dulu-dulu. Selalunya mak mak je yang pakai baju kelawar ni.

 

Tapi untuk zaman sekarang, baju kelawar dipakai oleh semua jenis umur malah kanak-kanak pun ada yang pakai baju kelawar. Bentuk rekaan baju kelawar yang agak loose memberikan keselesaan kepada si pemakai untuk bergerak dengan bebas.

 

Apa yang lebih menariknya, baju kelawar masa kini dijadikan fesyen dan bukan lagi semata mata untuk dibuat tidur. Yang lebih lucunya lagi, kaum lelaki pun ada yang dah mula pakai baju kelawar! Selesa sangat agaknya.  

2. Pyjamas

pyjamas

Sumber : sleepwearqueen

Kebiasaannya baju tidur pyjamas ini diperbuat daripada kain jenis satin. Jadi ia dapat memberikan keselesaan  pada Maduners sebab kainnya yang sejuk, licin dan halus.

 

Kain berjenis satin merupakan pakaian yang seakan sutera tetapi harganya jauh lebih murah daripada kain sutera. Kalau Maduners nak nampak macam mewah atau have have sikit boleh cuba pakai pyjamas.

3. Lingerie

lingerie

Sumber:  taccity

Baju tidur lingerie ini sangat sesuai digunakan untuk Maduners yang suka pada imej seksi kerana reka bentuk baju tidur lingerie ini jenis terbuka dan singkat. 

 

Ia sememangnya sangat digemari oleh Maduners yang tidak suka pada pakaian yang tebal atau terlalu menutup tubuh. Corak dan bentuk rekaannya yang menarik juga menyebabkan wanita suka memakai lingerie pada waktu malam.

4.Night Robe

night-robe

Sumber : sundayinhoian

Night robe juga merupakan salah satu baju tidur yang menjadi pilihan bagi sesetengah wanita. Bentuknya yang seakan kimono kedua duanya dikenakan dengan cara mengikat pada bahagian pinggang. 

 

Untuk Maduners yang sukakan penampilan yang lebih elegan, pilihan baju tidur ini sangat cantik digayakan pada waktu malam. Sebagai pelengkap gaya penampilan wanita, night robe diperbuat dari bahan kain yang halus, lembut dan sejuk seperti satin.

5. T Shirt & Seluar

baju-tshirt-dan-seluar

Sumber: salatiehoodie

Bagi pilihan yang ini agak biasa dipakai oleh wanita. Ada yang memakai t-shirt dengan seluar panjang dan ada yang memakai dengan seluar pendek. Itu bergantung pada keselesaan korang.

 

Pemilihan pakaian yang dibuat mengikut pada keadaan cuaca juga. Kalau cuaca sejuk takkan korang nak pakai seluar pendek pula. 

 

Ini dia antara pakaian tidur wanita yang korang boleh pilih ikut keselesaan masing-masing. Apa-apa pun dah selesa tidur jangan sampai terlanjur tidur!

Post a Comment