Balik Kerja Jerr Sakit Belakang! Hadam 5 Petua Ini Untuk Elak Kesan Panjang Sakit Belakang!
Sakit belakang adalah satu masalah yang dihadapi oleh hampir semua orang. Wanita juga antara golongan yang tidak terkecuali daripada terkena sakit belakang. Apabila sakit ini menyerang, lazimnya ktiviti yang kita lakukan akan terbantut.
Malah, jika dibiarkan boleh mendatangkan kemudaratan yang lebih kritikal seperti ‘slip disc’, masalah tulang dan sebagainya.
Sebenarnya, banyak punca yang menyebabkan masalah sakit belakang ini berlaku. 75% kes sakit belakang tidak dapat dipastikan apa puncanya. Namun, 25% masalah ini adalah disebabkan oleh:
- Otot
- Otot tergeliat
- Otot terkoyak disebabkan kecederaan
- Otot letih
- Tulang
- Ruas tulang belakang terkeluar atau pecah
- Pecah tulang belakang
- Tulang yang cacat
- Kanser tulang
- Lain-lain
- Posisi badan yang tidak betul
- Penyakit Radang Pelvik (Pelvic Inflammatory Disease, PID)
- Penyakit batu karang
- Mengangkat barang berat
- Gaya hidup tidak aktif (obesiti)
- Psikologi (berkaitan dengan stres)
Banyak rupanya penyebab boleh berlaku sakit belakang. Worry not, hari ini Madu akan kongsikan beberapa tips untuk bantu selesaikan masalah sakit belakang ini!
#1 Bersenam
Bersenam dan melakukan regangan ternyata boleh membantu melegakan ketegangan pada tubuh badan. Korang disarankan melakukan senaman yang melibatkan bahagian belakang badan.
Dengan kaedah ini, ia dapat membantu mengurangkan kesakitan dan juga mengelakkan masalah yang sama berulang semula. Ia juga sekaligus dapat menguatkan kembali otot belakang.
Tetapi harus diingat, mulakan senaman dengan senaman yang ringan dahulu. Jangan terus buat yang berat-berat, nanti lain pula jadinya!
#2 Amalkan postur badan yang betul
Sumber Gambar: www.hudsonvalleyscoliosis.com
Postur badan yang betul ketika duduk, berdiri, mengangkat berat adalah sangat penting. Jika duduk terlalu lama, korang perlu biasakan diri bersandar dengan tegak. Kalau boleh, letak bantal lembut di belakang badan untuk menyokong tulang belakang dan punggung.
Korang juga perlu elakkan daripada membongkok kerana ia akan memberi kesan buruk pada badan.
#3 Posisi Tidur Yang Betul
Untuk menjaga kesihatan dengan baik, tidur yang cukup dengan posisi yang betul adalah perkara yang perlu diberi perhatian.
Nak dapatkan posisi tidur yang betul dan selesa, korang boleh cuba:
- Tidur mengiring dengan meletakkan bantal antara kedua-dua lutut.
- Tidur dalam keadaan baring dan letakkan bantal di bawah lutut.
- Elakkan tidur meniarap kerana ia akan memberi tekanan pada belakang.
#4 Rawatan Fisioterapi
Melalui kaedah ini, antara rawatan yang akan diberikan pada korang adalah rawatan haba, ais, ultrasound dan elektrik.
Terdapat juga ahli terapi fizikal yang akan mengajar cara untuk memperbaiki postur badan dan mereka akan bantu korang memperbaiki gaya hidup dan aktiviti seharian.
Sumber: physiogo.com.my, physiomobile.my, htapah.moh.gov.my