Balu Mangsa Tragedi Kepala Air Yan Rayu Cari Motosikal Arwah Suami – Manis Madu
Balu Mangsa Tragedi Kepala Air Yan Rayu Cari Motosikal Arwah Suami

Balu Mangsa Tragedi Kepala Air Yan Rayu Cari Motosikal Arwah Suami

Seorang wanita merayu kepada orang ramai membantunya bagi mencari motosikal jenis Honda EX5 milik arwah suaminya yang dihanyutkan dalam kejadian aliran puing dari Gunung Jerai di Yan dekat sini pada 18 Ogos lalu.

Nurnazliatul Aqilah Nazri, 26, berkata, motosikal itu menyimpan seribu satu kenangan bersama arwah Mohamad Faizal Mohd. Zohir, 28.

 

“Mayat suami ditemui pada hari kedua operasi mencari dan menyelamat sejauh lima kilometer di muara Sungai Udang, Yan.

 

“Puas kami cari motosikal itu, namun gagal menemuinya. Ia merupakan hadiah perkahwinan daripada keluarga dan menjadi pengangkutan utama kami di awal perkongsian hidup,” katanya ketika ditemui di Kampung Batu 2, Jalan Gurun Jeniang dekat sini semalam.

 

Tambahnya, dia sanggup memberikan sagu hati kepada sesiapa yang menemui motosikal itu sama ada dalam bentuk asal mahupun telah rosak.

 

Mereka mempunyai dua anak iaitu Muhammad Aqif Umair, 1, dan Muhammad Aqil Uwais, 5.

@aleyaaqilah20#tragedikepalaairyankedah, semoga aku diberikan kekuatan untuk membesarkan anak2 tanpa sidia, ALLAH, ALLAH, ALLAH . Alfatihah suamiku♬ Allah Allah – Aghisna

Dalam kejadian itu, seramai enam individu terkorban akibat lemas selepas dilanda aliran­ puing yang turut mengakibatkan banjir lumpur.

Post a Comment