Bangga Kitak! Tampil Anggun Menawan, Francisca Luhong Kebanggaan Sarawak Dinobat Miss Universe Malaysia 2020 – Manis Madu
Francisca Luhong Kebanggaan Sarawak Dinobat Miss Universe Malaysia 2020

Bangga Kitak! Tampil Anggun Menawan, Francisca Luhong Kebanggaan Sarawak Dinobat Miss Universe Malaysia 2020

Menewaskan 17 peserta hebat yang lain, Francisca berjaya mengukir kejayaannya di Miss Universe Malaysia 2020.

Berdebar-debar jantung Yaya sewaktu menantikan keputusan pemenang Miss Universe Malaysia 2020! Seperti yang dijangka, pemenangnya tidak lain tidak bukan, Francisca Luhong James, anak jati Sarawak.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Francisca Luhong James (@francisca.luhong) on

Francisca yang berumur 25 tahun, berkelulusan ijazah dalam komunikasi masa dan bekerja sebagai perhubungan awam & eksekutif pemasaran. Dalam masa yang sama, beliau juga merupakan model sambilan. Hebatnya, memang material role model untuk wanita zaman sekarang!

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Francisca Luhong James (@francisca.luhong) on

Untuk pengetahuan Maduners juga, ibu bapa kepada Francisca merupakan campuran suku kaum Kayan, Kenyah dan Iban. Menurut Astro Awani, kali terakhir acara Miss Universe Malaysia dimenangi anak Bumi Kenyalang ialah pada tahun 2007, iaitu Adelaine Chin Ai Nee.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Francisca Luhong James (@francisca.luhong) on

Yaya tak nafikan memang Francisca sangat layak menerima gelaran Miss Universe Malaysia pada tahun ini. Apabila melihat sendiri profil Instagram beliau yang dipenuhi dengan positivity melalui kempen kesedaran yang dilakukan seperti #RaiseForFood, bantuan makanan segera bagi keluarga orang asli.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Francisca Luhong James (@francisca.luhong) on

Selain itu, Francisca juga telah menyertai The Grounds Women Empowerment Open Day, sebagai salah seorang aktivis yang memperjuang hak wanita pada 6 Mac 2020. Bagi Yaya, Francisca merupakan antara wanita yang sangat menginspirasikan!

So sweet! Sudah semestinya warga Bumi Kenyalang sangat berbangga akan pencapaian yang dikecapi oleh Francisca.

Bukan sahaja orang Sarawak yang berbangga, malahan seluruh netizen Twitter turut bergembira atas kemenangan Francisca!

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Francisca Luhong James (@francisca.luhong) on

Tahniah sekali lagi diucapkan untuk Francisca Luhong James! Dan selamat maju jaya untuk Miss Universe ke-69 yang akan datang pula, Malaysians will root for you!

Post a Comment