Bantu Cegah Covid-19, MLBB Derma Dana Sebanyak RM51,500 – Manis Madu
Bantu Cegah Covid-19, MLBB Derma Dana Sebanyak RM51,500

Bantu Cegah Covid-19, MLBB Derma Dana Sebanyak RM51,500

Mobile Legends: Bang Bang (MLBB) telah menderma dana sebanyak RM51,500 bagi tujuan mencegah penularan wabak Covid-19.

01 515 eParty Charity Showmatch Donation

Moonton yang merupakan pemilik bagi aplikasi permainan MLBB menerusi permainan mudah alih tersebut telah menganjurkan acara 515 eParty di atas talian.

 

Kemuncak acara 515 eParty disiarkan secara langsung di Facebook yang menampilkan MLBB influencer seperti Soloz, Master Ramen, Sync, Ly4ly4ly4 bertujuan untuk menghiburkan penonton dalam usaha mengumpulkan sumbangan.

 

Beberapa selebriti dan influencer dari Malaysia serta Singapura juga turut menyertai acara 515 eParty ini seperti Elizabeth Tan, Lizz Chloe, Dee Kosh, Cody Hong, Jian Hao Tan, Danny Ah Boy dan Night Owl Cinematics.

 

Melalui acara tersebut, Moonton telah mengumumkan sejumlah RM51,500 akan disumbangkan kepada Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) untuk memberikan sokongan kepada barisan hadapan sewaktu krisis Covid-19 di Malaysia.

 

RM51,500 merupakan jumlah yang sinonim kepada jumlah tonton secara langsung di atas talian bagi acara amal 515 eParty yang mana lebih banyak penonton, semakin tinggi jumlah sumbangan oleh pihak Moonton.

02 Ramadhan Themed UI

Jumlah RM51,500 tersebut membuktikan komuniti MLBB merupakan antara komuniti yang sangat membantu dengan memberikan sokongan kepada acara ini.

 

Bagi tahun 2020, dengan bertemakan “515 eParty” bersama slogan “Game On! Party On!”, peminat permainan MLBB dapat menikmati acara dalam permainan tersebut yang juga mempunyai pelbagai hadiah menarik.

03 515 eParty Theme Song

Antara hadiah menarik adalah seperti Bingkai Profil Facebook 515 eParty, WhatsApp Stickers edisi terhad 515 eParty dan juga ada cabaran seperti Cabaran Bergambar eParty 515.

04 515 In-game Events

Memang hebat-hebat hadiah yang boleh diperolehi bagi acara ini, yang menariknya bagi setiap tahun akan ada lagu tema bagi acara ini dan tahun ini tidak terkecuali.

 

Lagu tema 515 bagi tahun 2020 berjudul “Party Legends”.

05 More 515 eParty Community Events

Bersempena dengan bulan Ramadan dan sambutan hari Raya yang akan tiba tidak lama lagi, Moonton juga telah mengubah in-game interface bagi permainan MLBB bertemakan Ramadan dan Raya.

 

Selari dengan perkara tersebut, pertandingan seni lukis juga diadakan yang mana mereka yang menyertai pertandingan tersebut perlu melukis hero MLBB yang sedang menyambut Hari Raya.

Post a Comment