Bantu Kami supaya Kami Boleh Bantu Anda – Manis Madu

Bantu Kami supaya Kami Boleh Bantu Anda

Frontliners terutama sekali dari sektor kesihatan telah berusaha mati-matian untuk menyembuhkan pesakit positif Covid-19. Madu rasa bangga dengan usaha yang telah mereka lakukan terhadap pesakit ini. Tambahan pula mereka sanggup bergadai nyawa untuk menghadapinya walaupun risikonya sangat tinggi.

Seorang doktor wanita yang merupakan salah seorang yang telah merawat pesakit Covid-19 menyatakan bahawa “golongan doktor telah mengambil ratusan sampel dan mencatat ratusan kes positif kerana penuluaran wabak ini merebak dengan pantas. Yang paling teruk, ada pesakit yang telah meninggal dunia tidak terkira usianya”.

Photo by JESHOOTS.COM on Unsplash

Agak sukar untuk mereka menjejaki orang yang ada “contact tracing” dengan pesakit yang disahkan positif Covid-19 lebih-lebih lagi rakyat Malaysia yang masih tidak patuh dengan PKP (Perintah Kawalan Pergerakan). Untuk memudahkan kerja mereka, Maduners mesti patuh dengan peraturan yang telah ditetapkan. Duduk di rumah untuk dua minggu ni supaya PKP boleh ditamatkan.

Beliau juga mengharap semua rakyat Malaysia boleh mengambil sampel Covid-19 ini. Tetapi sumber tenaga dan alat kesihatan semakin berkurangan dan hampir kehabisan. Buat masa ini, pesakit yang berisiko tinggi yang akan diambil ujian sampelnya. Bagi Maduners yang risau akan keadaannya boleh mengambil ujian pengesanan penyakit di klinik swasta.

 

Sebagai frontliners dari sektor kesihatan memang tinggi risikonya. Beliau juga risau akan keadaannya. Walaubagaimanapun, beliau menghadapinya dengan hati yang tabah dan sanggup melakukan apa sahaja untuk menyembuhkan pesakit tersebut.

Aktiviti Keprihatinan kepada Anggota Barisan Hadapan

Akisama Group (Syarikat Pembagunan RC Residences) telah melaksanakan aktiviti keprihatinan kepada anggota barisan hadapan dengan menyumbang 6,400 topeng muka kepada petugas kesihatan.

 

Walaupun Project RC tergendala disebabkan wabak Covid-19, mereka tetap memberi sokongan kepada frontliners pada masa kritikal ini. Dengan usaha keras frontliners, semoga peneluaran wabak Covid-19 ini berakhir.

Berita baik kepada Maduners yang merancang untuk membeli hartanah: Promosi ekonomi iaitu kupon sehingga RM8,000 ditawarkan! Hubungi mereka di: https://rcresidences.com.my.

Post a Comment