Bapa Puteri Balqis Ditahan Polis Atas Dakwaan Gangguan Seksual, Pengabaian & Miliki Bahan Lucah – Manis Madu
Bapa Puteri Balqis Ditahan Polis Atas Dakwaan Gangguan Seksual, Pengabaian & Miliki Bahan Lucah

Bapa Puteri Balqis Ditahan Polis Atas Dakwaan Gangguan Seksual, Pengabaian & Miliki Bahan Lucah

Masih hangat isu mengenai pendedahan tergempar seorang pelakon remaja yang mendakwa menjadi mangsa gangguan seksual bapa sendiri baru-baru ini.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Puteri Balqis Ashikin (@morosechild)

Setelah dikhabarkan bapanya telah membuat laporan polis untuk menafikan pendakwaan tersebut, terkini difahamkan bapa kepada pelakon tersebut telah ditahan polis atas tuduhan yang dilontarkan ke atasnya.

 

Memetik laporan, Ketua Polis Daerah Subang Jaya, Asisten Komisioner Wan Azlan Wan Mamat berkata bahawa polis telah menahan individu tersebut pada jam 2.25 petang dan telefon bimbit turut dirampas untuk dihantar ke Jabatan Forensik PDRM untuk dianalisa.

 

Menurut Azlan, saringan air kencing yang dijalankan ke atas suspek didapati negatif serta tidak mempunyai sebarang rekod jenayah lampau.

 

Difahamkan polis juga telah menerima laporan daripada mangsa yang menyatakan suspek sering mempertontonkan video lucah dalam telefon bimbit miliknya.

 

Selain itu, mangsa mendakwa bapa kandungnya melakukan perbuatan terkutuk seperti beronani di hadapannya ketika dia berusia lima hingga enam tahun.

 

Sekadar info, pelakon remaja berikut membongkarkan rahsia gelapnya itu menerusi satu temu bual di YouTube ‘Bros Gang TV’ yang meraih pelbagai reaksi dari warganet dan rakan-rakan artis.

Post a Comment