Barang Hantar Guna J&T Rosak Atau Hilang? Sebenarnya Ada Cara Nak Claim! – Manis Madu
Barang Hantar Guna J&T Rosak Atau Hilang

Barang Hantar Guna J&T Rosak Atau Hilang? Sebenarnya Ada Cara Nak Claim!

Masih belum reda rasanya isu tentang syarikat penghantaran barang J&T yang makin buatkan ramai orang tidak berpuas hati.

JnT Express

Sumber gambar: www.thestar.com.my

Berawal dengan isu komisyen pekerja yang dikurangkan, diikuti kejadian pekerjanya mogok dengan membaling barang-barang pelanggan dan kini ramai pengguna meluahkan rasa tidak puas hati di media sosial tentang barang yang diperoleh.

 

Kebanyakan daripada mereka menghadapi masalah barang sampai dalam keadaan tidak baik, barang rosak bahkan yang lebih teruk lagi terdapat juga barang yang hilang!

Fragile Parcel

Sumber Gambar: www.swedbrand-group.com

Madu faham, mesti korang akan rasa kecewa bila perkara begini berlaku. Tapi korang jangan risau, sebenarnya tuntutan boleh dibuat jika perkara sedemikian berlaku!

 

Ini cara-cara untuk korang buat tuntutan:

 

  • Jika didapati barang korang rosak atau hilang, buat aduan dalam masa 48 jam
  • Bagi barang yang rosak atau hilang juga, hanya PENGHANTAR sahaja yang dibenarkan untuk buat tuntutan. Kalau nak hantar wakil, perlulah sediakan kebenaran secara bertulis
  • Jika penerima yang mahu membuat aduan, perlu dapatkan pengesahan bertulis daripada penghantar untuk memulakan tuntutan daripada pihak penghantar
  • Korang juga perlu isi borang tuntutan ganti rugi, bukti bayaran melalui penyata bank, resit penghantaran, salinan kad pengenalan atau SSM dan lain-lain. Korang perlu semak semula dengan J&T dokumen apa lagi yang diperlukan
  • Gambar-gambar kerosakan juga perlu disediakan. J&T akan nilai berdasarkan terma
  • Gambar membuktikan bahawa barang dibungkus dengan elok
  • Tangkap gambar bukti kotak, bubble wrap dan bukti barang pecah dari dalam kotak dan atas sebab kecuaian
  • Bila semua bukti sudah mencukupi, baru boleh buat aduan dan tuntutan pada saluran di bawah:

 

  1. Talian hotline 24 jam: 1300-80-9000
  2. Email: support@jtexpress.my

 

Jumlah yang boleh dituntut adalah terhad. Korang tak boleh tuntut sesuka hati! Jumlah tuntutan adalah berdasarkan berat barangan.

 

  • Berat kurang dari 2kg: Tuntutan maksimum RM100 atau mana yang lebih rendah
  • Berat melebihi 2.01kg: Tuntutan maksimum RM300 atau mana yang lebih rendah
  • Barangan dari luar negara: Maksimum RM400

 

Okay kan daripada tak dapat langsung? Madu harap info ini dapat bantu korang buat tuntutan jika barang yang diperoleh rosak atau hilang.

Sumber Featured Image: Facebook.com – jntexpressmalaysia

Post a Comment