Baru Belajar Memasak? Wajib Cuba Resepi Ayam Masak Kicap, Mudah Jerr! – Manis Madu
Baru Belajar Memasak_ Wajib Cuba Resepi Ayam Masak Kicap, Mudah Jerr!

Baru Belajar Memasak? Wajib Cuba Resepi Ayam Masak Kicap, Mudah Jerr!

Dah lama Maduners mencari resepi ayam masak kicap yang sedap? Madu faham sangat dilema yang dihadapi oleh para ibu! Setiap hari pening nak masak apa untuk keluarga.

 

Apa kata Maduners buat ayam masak kicap! Ayam masak kicap adalah menu kegemaran ramai terutama buat mereka yang tak suka makanan pedas. Confirm anak-anak kecil suka. Jom kita tengok bahan-bahan utama resipi ini dan cara penyediaannya!

 

View this post on Instagram

 

A post shared by rosmills (@rosmills_)

Bahan-bahan :

  • 5-10 ketul ayam (dipotong dan digaul bersama sedikit serbuk kunyit dan garam)
  • 4 ulas bawang merah
  • 3 ulas bawang putih
  • 2 inci halia
  • 1 bawang besar, potong bulat
  • 2 tangkai cili hijau, dihiris
  • 2 tangkai cili merah, dihiris
  • 5 tangkai cili padi, diketuk
  • 2 sudu besar sos tiram
  • 2 sudu besar sos cili
  • 4 sudu besar kicap manis
  • 1 sudu besar minyak bijan (minyak biasa pun boleh)
  • 1 sudu kecil kicap pekat
  • Sedikit air
  • Garam secukupnya

 

Cara penyediaan:

  1. Awal-awal, tumbuk lumat bawang merah, bawang putih dan halia.
  2. Dalam mangkuk lain, gaulkan sos tiram, sos cili, kicap manis, minyak bijan dan kicap pekat. Ketepikan.
  3. Gaul ayam bersama serbuk kunyit dan garam. Perap seketika sebelum digoreng. Goreng ayam, angkat dan ketepikan.
  4. Panaskan sedikit minyak dalam kuali untuk tumis kayu manis, bunga lawang, bahan-bahan yang ditumbuk lumat tadi dan cili padi.
  5. Kemudian, bahan yang dicampur sos dan kicap tadi. tambah sedikit air sedikit garam. Kacau hingga mendidih.
  6. Akhir sekali, masukkan bawang besar, cili hijau dan cili merah. Kacau sebentar dan campurkan ayam yang telah digoreng tadi. Gaul sampai sebati.
  7. Sudah cukup diperasakan, padamkan api dan sudah sedia dihidang!

Senang jerr kan prosesnya? Bukan sahaja untuk para ibu yang pening memikirkan menu nak dimasak untuk keluarga, tetapi juga buat korang yang baru mula belajar memasak. Sesuai sangat mencuba resipi ini!

Post a Comment