Baru Nak Bersenam, Wanita Digigit Iguana Tepi Pantai!
Baru-baru ini tular satu video yang menunjukkan seorang pengajar yoga telah digigit iguana semasa dia sedang bersenam di tepi pantai.
Video itu disiarkan di Twitternya @bahamahoopyogi yang ketika itu dilihat sedang melentikkan badan sambil membengkokkan tangan ke belakang.
I get bite from an iguana today🥲 it was bleeding pic.twitter.com/If2DaUztHf
— Da Iguana Gal🦎 (@bahamahoopyogi) August 20, 2021
Senaman yoga yang dibuat itu bertukar tragedi apabila ada seekor iguana yang mendekatinya lalu menggigit hujung jari wanita tersebut.
Dia dengan perasaan terkejut terus berhenti melakukan adegan tersebut dan menjerit kesakitan.
Dengan perasaan marah, wanita itu terus mengambil segengggam pasir dan melemparkannya ke arah iguana tersebut.
Menurut @bahamahoopyogi, dia ketika itu sedang mengajar kelas yoga yang dibuat secara maya.
Namun semua orang terus bertanya adakah wanita itu tidak nampak bahawa sekelilingnya dipenuhi iguana.
“Semua orang terus bertanya adakah saya tidak nampak iguana tersebut. Untuk pengetahuan semua, pantai itu dipenuhi iguana kerana orang ramai pergi ke sana untuk memberi haiwan itu makan setiap masa” – @bahamahoopyogi.
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen memberi reaksi yang melucukan lebih-lebih lagi apabila melihat tindakan iguana tersebut selepas dia menggigit mangsanya.
“What have me weak is how he bite you and stay right there to watch you get mad” – @msolurin.
“Him sitting there watching you get mad with half of your finger in his mouth” – @blksbian.
“Throwing the sand at him got me and he did not care” – @AmberGiovanna16.
Video yang dikongsikan itu bagaimanapun telah memperoleh 3.5 Juta tontonan dan 195.6 Ribu tanda suka di laman media sosial Twitter.