Bas Lama Jadi Pusat Sauna Bergerak, Inovasi Kreatif Rakyat Jepun! – Manis Madu
Bas Lama Jadi Pusat Sauna Bergerak, Inovasi Kreatif Rakyat Jepun!

Bas Lama Jadi Pusat Sauna Bergerak, Inovasi Kreatif Rakyat Jepun!

Shinki Bus, syarikat pengangkutan yang berprestij mengambil alternatif mempelbagaikan perkhidmatan dengan mengubah suai basnya menjadi pusat sauna bergerak.

Sauna 1

Portal berita SoraNews24 melaporkan perkhidmatan baharu berkenaan dipanggil Sabus iaitu gabungan nama sauna dan bas.

 

Projek itu dijalankan menerusi anak syarikat Shinki Bus iaitu Ribahs yang dalam bahasa Jepun bermakna ‘kelahiran semula’ dan ‘bas semula.’

 

Daripada membiarkan ruang dalam bas itu menjadi sia-sia, Shinki kini sedang menukar bas bandar yang tidak lagi beroperasi menjadi bilik wap sepenuhnya di atas roda.

sauna 2 (1)
sauna 3

Sebahagian besar bahagian dalam bas itu diubah suai dengan reka bentuk kayu yang menawan.

 

Beberapa butang yang biasanya digunakan untuk memberi isyarat kepada pemandu supaya berhenti pula berfungsi untuk menghasilkan wap.

sauna 4 (1)

Menurut satu kenyataan akhbar, Sabus akan diletakkan di kawasan yang luas untuk acara khas, namun tali dan pemegang pada tempat duduk mungkin menunjukkan ciri sauna bergerak sebenar.

sauna 5 (1)

Butiran lanjut mengenai fungsi Sabus akan didedahkan nanti memandangkan tarikh siap projek itu semakin hampir iaitu pada Februari 2022.

 

Ia adalah yang pertama dalam barisan perkhidmatan bas guna semula yang Ribahsu rancangkan seperti bilik jagaan harian bergerak atau stesen pancuran mandian dan mandian bergerak.

sauna 6

Kemudahan itu mungkin memberikan sokongan berguna di kawasan yang dilanda bencana.

 

Maskot Shinki Bus, Nikopa-chan adalah finalis dalam kedua-dua Kejohanan Karakter Bas 2017 dan 2019 di seluruh negara.

 

Bagaimanapun, peraduan itu kini ditangguhkan kerana seluruh industri pengangkutan terjejas teruk akibat daripada pandemik Covid-19.

 

Syarikat bas khususnya berdepan tempoh yang sukar berikutan penurunan yang besar dalam perjalanan ulang-alik dan pelancongan sejak dua tahun lalu.

 

Jadi, salah satu cara Shinki Bus bertahan adalah merancang dan mempelbagaikan pasaran sauna mudah alih yang difahamkan masih belum ada di pasaran.

Post a Comment