Batalkan Niat Percutian Ke Luar Negara, Kemungkinan Besar Tiada Penerbangan Antarabangsa Sehingga 2024 – Manis Madu
Kemungkinan Besar Tiada Penerbangan Antarabangsa Sehingga 2024

Batalkan Niat Percutian Ke Luar Negara, Kemungkinan Besar Tiada Penerbangan Antarabangsa Sehingga 2024

Maduners yang suka travel luar negara, mungkin belum sampai masa untuk renew buku merah anda.

 

Dikatakan bahawa penerbangan antarabangsa tidak akan kembali normal seperti sediakala sehingga tahun 2024.

 

Penerbangan antarabangsa hanya terhad kepada mereka yang terbang bersebab seperti isu kesihatan, kecemasan yang disahkan serta kematian ahli keluarga.

Kalau nak dikirakan sekarang baru tahun 2020, jadi maknanya ada lagi 4 tahun kemungkinan besar baru boleh menaiki penerbangan antarabangsa.

 

Menurut Persatuan Pengangkutan Udara Antarabangsa (IATA) dalam laporan Dailymail, jangkaan tersebut bertambah setahun daripada  jangkaan awal iaitu 3 tahun.

Dengan penerbangan antara negara yang semakin terhad, tempoh pemulihan akan terbantut dengan sekatan perjalanan yang dilakukan.

Kebanyakan syarikat penerbangan bergantung sepenuhnya dengan laluan domestik antara negeri untuk menyelamatkan mereka daripada gulung tikar.

 

CEO kepada IATA iaitu Alexandre de Juniac berkata ini merupakan satu berita buruk dan sedih untuk industri penerbangan di seluruh dunia.

 

Mereka mengharapkan kerajaan untuk tampil dengan inisiatif membantu mereka tidak kira apa saja bentuk sama ada kewangan ataupun sebaliknya.

 

Maduners yang teringin nak travel, korang boleh mulakan dengan bercuti secara domestik, rancakkan semula ekonomi dalam negara.

Walaupun hanya penerbangan dalam negara, ianya amat membantu menjana kewangan bagi syarikat penerbangan.

 

Selagi kita belum jumpa penawar untuk wabak ini, kita masih belum menang. Jalankan tugas Maduners sebaiknya. Kita pasti menang.

Post a Comment