Batu Tergantung Jadi Tarikan Pelancong Seluruh Dunia! – Manis Madu
Batu Tergantung Jadi Tarikan Pelancong Seluruh Dunia!

Batu Tergantung Jadi Tarikan Pelancong Seluruh Dunia!

Sebuah kawasan pergunungan di Norway menjadi tarikan pelancong dari seluruh dunia yang berkunjung semata-mata untuk bergambar di atas bongkah batu besar yang terhimpit di antara dua jurang, lapor laman berita Oddity Central semalam.

 

Dinamakan Kjeragbolten, bongkah itu popular dalam kalangan pengembara yang sukakan cabaran. Ia adalah seketul batu gergasi yang keadaannya seolah-seolah tergantung di udara pada ketinggian 984 meter.

Batu itu terletak di atas Gunung Kjerag di Lysefjord. Kjeragbolten mudah didaki oleh pengunjung walaupun tanpa sebarang peralatan khas.

 

Kehadiran bongkah batu itu menjadikan Kjerag lokasi panas untuk pelancong dan  pengembara dari seluruh dunia. Ramai antara mereka tidak gentar akan cabaran untuk memanjat bongkah batu tersebut demi sekeping gambar yang luar biasa untuk dikongsi di laman Instagram.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by @vilde.s.fredriksen

Walaupun Kjeragbolten dilaporkan lebih lebar daripada yang kelihatan dalam gambar, nyawa orang yang memanjatnya boleh melayang sekiranya tersilap langkah.

 

Namun, tiada sesiapa pernah direkodkan terjatuh dari batu tersebut setakat ini.

Post a Comment