Bawa Pelepah Ostrich Di AIM23, Busana Aina Abdul Raih Pujian Warganet! – Manis Madu
Bawa Pelepah Ostrich Di AIM23, Busana Aina Abdul Raih Pujian Warganet!

Bawa Pelepah Ostrich Di AIM23, Busana Aina Abdul Raih Pujian Warganet!

Semalam, Anugerah Industri Muzik ke-23 (AIM23) telah berlangsung di Auditorium Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) dan menampilkan sebanyak 21 kategori melibatkan 105 calon yang disenarai pendek.

 

Penampilan selebriti yang hadir kebanyakannya berjaya mencuri perhatian orang ramai termasuk penyanyi terkenal, Aina Abdul yang dipuji warganet kerana busana yang digayakan.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by AINA ABDUL (@ainaabdul)

Umum mengetahui, Aina terkenal dengan penggayaan yang unik dan selalu disifatkan berlebihan oleh warganet namun dalam majlis semalam, penyanyi ini memilih untuk mengenakan pakaian yang lebih sederhana tetapi masih menawan!

 

Platun lagu Terus Hidup itu memilih untuk menggayakan persalinan serba putih dihiasi Kristal dilengkapi pelepah ostrich mewah sentuhan pereka terkenal tempatan, Rizman Ruzaini.

 

Ternyata, penampilan berkenaan berjaya mendapat komen positif dari warganet serta rakan-rakan artis.

 

“Cantik gila tahu takk? Aaaa nak nangis!! Cantik sangat-sangat,”

 

“So far ini paling onz kat Aina Abdul ever,”

 

“Ainaaa, tadi saya kena kutip jaw cause u were jaw-dropping. Stunning dear,”

Cantik betul penampilan Aina semalam. Classy and elegent!

Post a Comment