Bekalan Oksigen Hanya Bertahan Hingga Hari Ini, AS Hantar Bantuan Cari Kapal Selam Indonesia – Manis Madu
AS Hantar Bantuan Cari Kapal Selam Indonesia

Bekalan Oksigen Hanya Bertahan Hingga Hari Ini, AS Hantar Bantuan Cari Kapal Selam Indonesia

Berhubung kapal selam Indonesia yang hilang baru-baru ini, tentera Amerika Syarikat (AS) menghantar pasukan udaranya bagi membantu pencarian, lapor Berita Harian.

 

Jurucakap Pentagon, John Kirby, berkata Jabatan Pertahanan AS turut terkesan dan sedih dengan tragedi kehilangan kapal selam KRI Nanggala 402 ketika latihan di perairan Bali Rabu lalu.

 

“Kami bersimpati dengan kelasi terbabit dan keluarga mereka. Atas permintaan kerajaan Indonesia, kami menghantar aset udara bagi membantu carian kepala selam yang hilang itu,” katanya.

 

Tambahnya lagi, Setiausaha Pertahanan AS, Lloyd Austin, akan menemui Ketua Pertahanan Indonesia, Prabowo Subianto untuk membincangkan bagaimana pasukan Amerika Syarikat dapat menyalurkan bantuan.

 

Tompokan minyak di lokasi di mana kapal itu dipercayai berada menunjukkan kemungkinan berlaku kerosakan pada tangki minyak, sekali gus mencetuskan kebimbangan berlaku tragedi lebih buruk.

 

Kru kapal selam buatan Jerman itu dijangka hanya mempunyai bekalan oksigen yang mencukupi sehingga hari ini, menandakan masa semakin suntuk bagi pasukan penyelamat yang meronda kawasan perairan Bali bagi mencari lokasinya.

Post a Comment