Bekas Ahli AOA Mina Baru Sahaja Bercinta, Tapi Rupanya Di Tipu Buaya Darat – Manis Madu
Bekas Ahli AOA Mina Baru Sahaja Bercinta, Tapi Rupanya Di Tipu Buaya Darat

Bekas Ahli AOA Mina Baru Sahaja Bercinta, Tapi Rupanya Di Tipu Buaya Darat

Bekas ahli AOA iaitu Kwon Mina baru sahaja berkongsi gambar dan berita gembira berkenaan kekasihnya Sabtu lalu, kini memaklumkan bahawa hubungan itu sudah pun  berakhir.

 

Kenyataan yang dibuat itu sememangnya mengejutkan ramai pihak terutama peminat-peminat Mina.

 

Menerusi video yang di muat naik di laman sosial Instagram miliknya, Kwon Mina meminta maaf kepada bekas kekasih dan juga keluarganya yang turut terpalit dengan kontroversi itu.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by 권민아 (@kvwowv)

“Saya ingin memohon maaf kepada bekas kekasih, kawan-kawan dan keluarga yang terlibat dalam hal ini” -Mina

 

“Saya tidak akan membiarkan perkara ini terjadi lagi” – Mina

 

Dia bagaimanapun mengaku atas kesalahan yang  dilakukan walaupun tahu dia sebenarnya telah ditipu oleh lelaki tersebut.

 

Mina memberitahu dia telah menjadi mangsa kepada buaya darat itu kerana lelaki berkenaan didakwa sudah pun mempunyai kekasih sebelum ini.

 

Dia berjanji untuk lebih berhati-hati dalam menjalinkan hubungan percintaan dengan sesiapa sahaja selepas ini. 

 

Menerusi laporan Allkpop, Mina membuat keputusan untuk berehat daripada media sosial buat sementara waktu bagi mengelakkan perkara menjadi semakin teruk.

Post a Comment