Bekas Pembantu Arkitek Reka Baju Mesra Vaksin Buat Ibu, Tak Sangka Terima Banyak Permintaan! – Manis Madu
Bekas Pembantu Arkitek Reka Baju Mesra Vaksin Buat Ibu

Bekas Pembantu Arkitek Reka Baju Mesra Vaksin Buat Ibu, Tak Sangka Terima Banyak Permintaan!

Umum mengetahui, program vaksinasi Covid-19 telah bermula sejak awal tahun lagi melibatkan para petugas barisan hadapan, ahli politik serta golongan berisiko. 

 

Baru-baru ini, orang awam juga sudah boleh membuat tempahan tarikh janji temu untuk mendapatkan vaksin. 

 

Apabila sudah tiba giliran untuk menerima vaksin, pasti banyak perkara yang bermain di fikiran.

 

Bagi wanita, tentunya pakaian yang sesuai dipakai bagi memudahkan proses suntikan nanti menjadi antara perkara terpenting dalam fikiran.

 

Begitu juga dengan kisah seorang bekas pembantu arkitek ini yang menghasilkan baju kurung ‘mesra vaksin’ buat ibunya.

 

Menurut Nadhiratul Husna Abdul Haris, 27, berkata, idea bagi menghasilkan baju berkenaan tercetus apabila ibunya, Noraishah Sumirih, 57, mengadu mengenai pakaian yang akan dipakai ke pusat vaksin.

“Mak cakap tak tahu nak pakai baju apa, baju memang banyak Cuma tak boleh sinsing lengan. Mula-mula saya bagi idea suruh pakai cardigan tapi macam tak best pula.

 

“Kalau boleh nak pakai baju lawa-lawa, ambil gambar selepas disuntik vaksin. Jadi saya jahit baju kurung dengan zip sorok pada kedua-dua bahagian lengan,”

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Husna Haris (@_husnaharis)

Penangan posting tular mengenai baju kurung mesra vaksin di lama Twitter ternyata turut membuka peluang rezeki buat Husna.

 

Dedah ibu kepada seorang cahaya mata ini, dia dibanjiri mesej orang ramai yang meminta agar tempahan baju itu dibuka segera.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Husna Haris (@_husnaharis)

“Saya mula-mula hanya kongsi di Instagram, sekadar melawak. Kemudian ramai komen positif. Jadi saya kongsikan pula di Twitter. Boleh dikatakan 100 peratus komen positif. Ramai yang reply minta buka tempahan. Jadi pada Sabtu, saya secara rasmi buka tempahan.

 

“Saya harap dengan inisiatif yang saya wujudkan ni dapat menggalakkan golongan wanita, ibu-ibu terutamanya serta memudahkan urusan frontliner sepanjang proses vaksinasi,” ujarnya.

 

Untuk rekod, posting viral Husna di Twitter sehingga kini meraih hampir 15,000 ulang kicau (retweet). – mStar

Post a Comment