Bela Seekor Dua Pun Dah Penat! Empat Wanita Ini Layak Dapat Pujian, Rawat Ratusan Ekor Anjing & Kucing Jalanan – Manis Madu
Empat Wanita Ini Layak Dapat Pujian

Bela Seekor Dua Pun Dah Penat! Empat Wanita Ini Layak Dapat Pujian, Rawat Ratusan Ekor Anjing & Kucing Jalanan

Disayangi adalah suatu perkara yang diperlukan dalam hidup setiap ciptaan yang ada di muka bumi. Tidak terbayang bagaimana hidup tanpa disayangi sesiapa.

 

Begitu juga haiwan! Mereka cuma perlukan kasih sayang dan layanan yang baik dari kita. Janganlah sakiti atau berlaku zalim jika tidak mampu berbuat demikian.

 

Madu akan kongsi dengan korang beberapa wira penyelamat haiwan yang aktif membela dan merawat haiwan-haiwan yang tidak bernasib baik ini.

#1 Nurul Ain Abdul Hamid

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Nurul Ain (@nurullainabdulhamid)

Nurul Ain merupakan antara wanita yang giat aktif dalam misi menyelamat kucing dan anjing jalanan. Kes kritikal seperti tumor, lumpuh, masalah pundi kencing yang kritikal, buta dan lain-lain adalah antara kes yang ditangani beliau.

 

Terkini, Nurul Ain mempunyai kira-kira 400 ekor kucing dan 11 ekor anjing di bawah jagaannya. Hebatnya!

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Nurul Ain (@nurullainabdulhamid)

Usaha Nurul Ain ini tidak dilakukan berseorangan sebaliknya beliau bersama suaminya dalam mengurus kucing dan anjing yang telah dianggap seperti anak sendiri.

 

Mereka juga memiliki rumah perlindungan yang diberi nama SI Home Shelter yang terletak di Shah Alam dan dibantu pekerja-pekerja di sana. Korang boleh scroll Instagram beliau dan lihat sendiri kes-kes kucing dan anjing yang telah diselamatkannya. Sangat memberi inspirasi!

 

Untuk sumbangan:

S.I Shelter

512781085946

Maybank

#2 Halijah Idris (Mak Intan)

Halijah Idris, 74 atau lebih dikenali sebagai Mak Intan mula melibatkan diri dalam penjagaan haiwan seperti anjing, kucing, musang, ayam, itik dan burung. Terdapat lebih kurang 600 ekor kucing dan 200 ekor kucing ditempatkan di Pak Mie Shelter milik arwah suaminya.

suami isteri Pak Mie Shelter

Sumber Gambar: Wanista

Dahulu, haiwan-haiwan tersebut dibela bersama arwah suaminya, Pak Mie namun selepas suaminya meninggal dunia, beliau meneruskan legasi tersebut bersama beberapa orang pekerja.

 

Perkara yang sangat dititikberatkan Mak Intan dalam penjagaan haiwan adalah vaksin. Beliau sangat mementingkan pemberian vaksin dan akan memastikan setiap haiwan peliharaannya mendapat perlindungan vaksin.

Selain daripada itu, Mak Intan akan memantau tahap kebersihan dan kesihatan haiwan di pusat perlindungan tersebut supaya tidak timbul perkara tidak menyenangkan dalam kalangan masyarakat seperti bau najis, masalah lalat, penyakit-penyakit berpunca daripada haiwan dan sebagainya. Memang terbaik!

 

Untuk sumbangan:

Halijah Bt Idris

6836886036

Public Bank

#3 Sitti Khadijah Albar

Siti Khadijah bersama salah seekor kucing yang diselamatkannya

Sumber Gambar: Astro Awani

Lebih dikenali sebagai Mummy J, beliau juga merupakan salah wanita yang aktif dalam memberi perlindungan kepada kucing yang tidak bernasib baik.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Sollu Shelter (@sollushelter)

Beliau telah terlibat dalam usaha ini selama lebih 5 tahun dan telah berdepan dengan pelbagai cabaran dan dugaan termasuk cemuhan dan stigma negatif masyarakat yang mengecam dan memandang remeh terhadap usaha tersebut.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Sollu Shelter (@sollushelter)

Tidak pedulikan kata-kata negatif masyarakat, Mummy J masih giat mengusahakan rumah perlindungan haiwan yang diberi nama Sollu Shelter bersama pasukan tersendiri. Sollu Shelter menempatkan lebih 200 ekor kucing jalanan dan ada sebahagian daripadanya sakit tenat.

 

Untuk sumbangan:

Sitti Khadijah Albar

107424075181

Maybank

#4 Nurul Fatin Junaidi

@nurulfaaaa0Jatuh hati sangt dngn si jony❤️ manja sangat dia, ##dog ##fyp ##foreyoupage_trending♬ Up Beat (Married Life) – Kenyi

Ingat tak video viral seorang wanita membelai-belai seekor anjing ini? Nurul Fatin Junaidi adalah individu di sebalik video tersebut!

 

Melalui perkongsian di akaun TikTok miliknya, wanita yang lebih mesra dengan panggilan Nufa ini mula giat memberi makan kepada anjing jalanan apabila melihat mereka kelaparan ketika hujan.

@nurulfaaaa0Tengah leka2 panggil yg lain dia datg kiss pulak 🤣 jangn risau dah SAMAK ye , ##dog ##foryoupage ##fyp ##fypシ♬ original sound – Nufa

Sejak daripada itu, seakan sudah menjadi kewajipan buatnya memberi makan buat anjing-anjing jalanan tersebut. Hampir setiap hari, beliau akan memasak nasi, menggoreng ikan atau ayam untuk diberi kepada anjing-anjing tersebut.

 

Major respect buat wanita-wanita ini dan sesiapa sahaja di luar sana yang berbuat perkara sama! Bukan mudah nak uruskan haiwan-haiwan jalanan seperti ini.

 

Semoga amalan mulia ini dapat memberi inspirasi buat semua orang untuk mencintai haiwan.

Post a Comment