Beli Musang King Harga RM140, Pesara Guru Hampa Durian Buruk & Berulat
Seorang pesara guru hampa selepas durian Musang King yang dibeli di sebuah pusat jualan dan pengumpulan durian di Sungai Klau di sini untuk dimakan bersama keluarga buruk dan berulat, lapor Kosmo!
Salehudin Mat Rasad, 61, berkata, daripada dua biji durian yang dibeli dengan harga RM140 itu, hanya sebiji yang boleh dimakan, manakala sebiji lagi buruk serta berulat.
“Semasa membeli saya ada nampak kesan lubang pada kulit durian itu, tetapi penjual menyatakan isi durian elok dan saya yakin dengan jaminan diberinya.
“Namun apabila membuka untuk dimakan bersama isteri dan anak-anak, saya terkejut kerana satu biji durian buruk dan berulat, kami hampa kerana baru hendak merasa durian musim ini, tetapi lain pula jadinya,”katanya.
Menurut Salehudin, dia sememangnya tidak menyangka durian yang berharga agak mahal berkenaan buruk pada semua bahagian.
Sumber Gambar: Kosmo!
Katanya, dia sememangnya tidak berpuas hati dan berhasrat meminta ganti rugi daripada peniaga terbabit atau diganti durian yang baharu.
“Saya tidak pasti sama ada boleh atau tidak ditukar dengan buah yang elok, tetapi saya berhasrat membawa buah berkenaan kepada penjual dalam masa terdekat,”ujarnya.
Aduh, beli durian mahal-mahal tapi dapat yang buruk dan berulat pula. Memang frust!