Beli Skincare Secara Pandu Lalu? Watsons’ Drive-Thru Pertama Di Malaysia! – Manis Madu
Beli Skincare Secara Pandu Lalu_ Watsons’ Drive-Thru Pertama Di Malaysia!

Beli Skincare Secara Pandu Lalu? Watsons’ Drive-Thru Pertama Di Malaysia!

Bila bercakap tentang produk kecantikan, antara yang menjadi pilihan mestilah produk-produk yang dijual di drugstore dan bila sebut jerr drugstore antara yang terawal kita bayangkan mesti Watsons dan Guardian.

 

Sebabnya, dua tempat inilah merupakan tempat paling famous dalam kalangan wanita dan boleh dikatakan ‘syurga’ wanita. Kalau masuk dalam tempat ini, boleh hilang berjam-jam!

 

Baru-baru ini, satu muat naik di laman Facebook menarik perhatian. Ini kerana, akaun TD Central mengumumkan pembukaan pandu lalu Watsons pertama di Malaysia!

Watsons drive-thru pertama yang terletak di Taman Daya, Johor Bahru ini cukup mengujakan kerana pertama kali di Malaysia, produk kecantikan dan lain-lain boleh dibeli melalui sistem pandu lalu sahaja!

 

Bayangkan macam tengah drive-thru McDonald’s tapi versi drive-thru skincare.

 

“Saya nak pencuci muka yang ini satu. Nak add on toner dengan moisturizer sekali ya,”

 

“Total RM150, bayar depan,” haa gitcheww! Nampak macam main-main tapi inilah realiti. Menarik bukan?

Post a Comment