Bengang Anak Dapat ‘Goodies’ Berisi Jajan, Netizen Anggap Si Ibu Tak Tahu Bersyukur! – Manis Madu
Bengang Anak Dapat ‘Goodies’ Berisi Jajan, Netizen Anggap Si Ibu Tak Tahu Bersyukur!

Bengang Anak Dapat ‘Goodies’ Berisi Jajan, Netizen Anggap Si Ibu Tak Tahu Bersyukur!

Penjagaan pola pemakanan anak-anak sememangnya perlu dipantau rapi oleh ibu bapa. Setiap makanan yang diamalkan anak-anak haruslah terdiri daripada makanan yang berkhasiat dan mengandungi fungsi yang mencukupi untuk tumbesaran mereka.

 

Baru-baru ini, tular di media sosial Twitter apabila seorang individu dipercayai bergelar ibu meluahkan kekecewaan berkait sikap segelintir ibu bapa yang memberikan ‘goodies’ berisi makanan ringan atau jajan untuk meraikan sambutan hari lahir anak mereka yang dibuat di pusat asuhan.

Menurut wanita itu, anaknya telah menerima satu pek ‘goodies’ berisi jajan ketika sambutan hari lahir rakannya. Namun, apa yang menjadi isu adalah wanita berkenaan mempersoalkan dan berasa hairan dengan sikap ibu bapa yang dianggap secara sewenang-wenangnya memberikan makanan seperti itu.

 

Tambah wanita itu lagi, ibu bapa sepatutnya memberikan buah tangan seperti buah-buahan, buku, mainan kecil atau baucer membeli-belah berbanding memberi jajan kepada anak-anak kecil.

 

Tidak cukup dengan itu, wanita berkenaan turut mempersoalkan sikap ibu bapa yang seakan-akan tidak prihatin dengan kandungan nutrisi dalam makanan yang diberikan kepada kanak-kanak yang meningkat dewasa.

 

Namun begitu, hantaran berkenaan telah menerima reaksi yang berbeza daripada netizen yang rata-rata menganggap wanita berkenaan berlebihan dan memperkecilkan usaha orang lain untuk membahagiakan dan meraikan anak serta rakan-rakan anak mereka.

 

“Mak-mak terpaling hadap piramid makanan. Tak hamak sangat, buang. Mulut tutup. Dah,”

 

“Bukan nak memperlekeh usaha dia nak bagi makanan sihat. Tak ada pun saya rasa. Tapi tulah, adab mana? Orang bagi, ambil. Ucap terima kasih. Tak nak, bagi orang lain,”

 

“Dah la tu demand buah-buahan la, voucher Jusco la apa la. Ingat semua parents mampu ke nak bagi satu sekolah tu voucher? Kalau dah student kat situ 70 orang, macam mana nak kira? Parents yang tak berkemampuan tu macam mana? Tak fikir betul masa nak menulis tu!”

 

Macam-macam hal ya! Pendapat Madu, jajan ni boleh jerr nak bagi anak makan cuma jangan lah selalu. Lagi pun jajan itu kan pemberian orang, apa salahnya hargai?

Post a Comment