Berat Badan Naik? Ini Aplikasi Workout Terbaik 2020 – Manis Madu
Berat Badan Naik? Ini Aplikasi Workout Terbaik 2020

Berat Badan Naik? Ini Aplikasi Workout Terbaik 2020

Dah berbulan-bulan tinggal di rumah dalam tempoh kuarantin, kemudian sambung dengan work from home?

1. Yoga

Yoga for Beginners

Sumber Gambar: apps.apple.com

Maduners yang nak mula gaya hidup sihat dengan melakukan senaman yang ringan-ringan, boleh cuba apps Yoga ini! Berdasarkan pengalaman Madu, apps ini sangat bagus kerana walaupun hanya melakukan pergerakan yang sikit, badan akan tetap berpeluh.

2. Goals-Fitness

goals fitness

Untuk aplikasi Goals-Fitness ini pula, dikhaskan untuk Maduners yang suka ambil angin semasa bersenam, untuk lebih spesifik, jogging! Dalam aplikasi ini, Maduners boleh tengok sendiri berapa banyak langkah yang korang ambil semasa berjalan dalam sehari.

3. WorkOutWomen

workout for women-fitness app

Walaupun apps ini dinamakan WorkOutWomen, Madu percaya yang lelaki pun boleh juga gunakan aplikasi ini untuk bersenam.

workoutwomen

Korang boleh tengok sendiri yang dalam aplikasi ini, banyak program yang boleh Maduners tetapkan sendiri. Kalau nak turunkan berat dalam 30 hari pun ada, ikut kemahuan masing-masing!

4. My Virtual Mission

Menurut The Sports Edit, My Virtual Mission paling sesuai untuk mereka yang kurang bermotivasi untuk bersenam. Apabila menggunakan apps ini, Maduners boleh rancangan sendiri perjalanan yang dimahukan untuk jogging, aplikasi ini akan membantu anda!

5. Asana Rebel: Yoga and Fitness

asana rebel

Dengar nama apps pun glamour, Asana Rebel ini pula sangat menarik bagi Madu kerana bukan sahaja ia membantu kita bersenam, pengetahuan am tentang gaya hidup sihat juga diberikan kepada pengguna.

Jadi, masih risau berat naik? Madu percaya itu hanya sementara. Selamat mencuba!

Post a Comment