Berat Naik Lepas Bersalin, Menu Berpantang Terbaik Untuk Ibu Bersalin! – Manis Madu
Berat Naik Selepas Bersalin

Berat Naik Lepas Bersalin, Menu Berpantang Terbaik Untuk Ibu Bersalin!

Berat badan bertambah adalah perkara yang paling si ibu risaukan semasa berbadan dua. 

 

Jangan kata ketika mengandung sahaja berat badan akan naik, selepas bersalin juga boleh menyebabkan berat badan si ibu naik  dengan lebih mendadak.

 

Antara salah satu faktor berat badan boleh naik adalah disebabkan tidak menjaga pemakanan. 

 

Ibu berpantang sepatutnya makan hanya ikut keperluan dan bukan ikut sedap tekak. Sebab itu ibu-ibu disarankan untuk makan makanan berpantang.

 

3 menu berpantang yang sihat ini wajib Maduners cuba untuk turunkan berat badan selepas bersalin!

#Sugarless Oat Pancakes

sugarless oat pancakes

Makanan diet ini sangat sesuai diambil pada waktu pagi dan mudah disediakan. Ia dapat membantu ibu-ibu yang baru lepas bersalin untuk menurunkan berat badan.

 

Ibu bersalin yang  nak turunkan berat badan sangat sesuai makan oat pancakes ini. 

 

Bahan yang diperlukan untuk buat oat pancakes adalah tidak lain dan tidak bukan: 

  • Oat
  • Buah-buahan
  • Tepung gandum
  • Air

 

Cara nak buat oat pancakes mudah sangat korang hanya perlu:

  • Kisar halus oat sehingga menjadi tekstur seakan tepung kemudian tambahkan sedikit tepung gandum serta air. 
  • Gaulkan sebati dan bakar ke dalam pan yang panas tanpa minyak. 

 

Ibu-ibu boleh menikmati menu ini bersama buah-buahan mengikut cita rasa masing-masing seperti strawberi, blueberry, pisang dan sebagainya. 

 

Pastikan pancakes yang dibuat tidak ditambah gula. Kalau tidak dah tak jadi makanan sihat.

 

Seperti yang kita tahu oat adalah makanan yang penuh dengan khasiat dan bebas gluten. 

 

Oat boleh didapati melalui kandungan serat, vitamin dan mineral yang tinggi. Jadi ia selamat dan elok di ambil oleh ibu yang sedang berpantang atau Maduners yang sedang berdiet.

 

Oat pancakes ini lebih menarik kalau dapat dihidang bersama air Horlick.

#Tenggiri Grill + Sawi Stim + Akar Herbanika

tenggiri grill

Menu utama yang kedua ini pula terdiri daripada tenggiri  grill, sawi stim dan ditambah pula dengan anggur dan air akar herbanika.

 

Nampak saja simple tapi banyak khasiat dan manfaatnya. Sebagai contoh Ikan tenggiri antara makanan berpantang  yang sangat popular bagi kalangan ibu bersalin. 

 

Ikan tenggiri yang berisi putih ini dikatakan sesuai dimakan ketika dalam pantang kerana dapat mengelakkan kegatalan.

 

Bahan yang diperlukan untuk tenggiri grill adalah:

  • 3 keping ikan tenggiri
  • ½ sudu besar serbuk lada hitam (ditumbuk)
  • 1 biji limau nipis
  • Minyak zaitun
  • 1 inci kunyit hidup
  • 2 ulas bawang putih
  • Sedikit serbuk kunyit
  • Garam

 

Cara nak memasaknya:

  • Pertama sekali tumbuk kunyit hidup, bawang putih dan garam sehingga lumat kemudian lumur pada ikan yang sudah disiang.
  • Masukkan lada hitam yang ditumbuk kasar dan perah limau nipis secukupnya. Lumur dengan rata dan biarkan seketika.
  • Langkah seterusnya balutkan dengan daun pisang dan renjiskan minyak zaitun sedikit supaya ikan tidak kering kemudian bakar di dalam kuali sehingga masak. 
  • Untuk sawi Maduners hanya perlu celur sahaja sayur sawi mengikut kuantiti yang nak dimakan. Maduners juga boleh tambahkan bawang goreng rangup diatasnya, tidaklah nampak bosan dan terlalu tawar rasanya.

 

Makan macam itu sahaja pun sedap. Tapi kalau nak lebih kenyang makanlah bersama nasi panas, nasi boleh pilih nasi perang (brown rice) sebagai pilihan yang lebih sihat.

#Grilled Salmon & Saute Veggies

grill salmon

Selain dari ikan tenggiri, ikan salmon juga antara ikan yang banyak memberi manfaat kepada kesihatan dan kaya dengan lemak omega-3. Terutamanya bagi ibu yang sedang berpantang dan ingin menurunkan berat badan.

 

Apa yang korang perlukan untuk menghasilkan salmon grill ini adalah:

  • 1 keping isi ikan salmon
  • Lada hitam (ditumbuk)
  • Sayur-sayuran
  • Garam

 

Cara nak membuatnya semudah ABC je uolls!

  • Korang hanya perlu gaulkan semua bahan di atas dan perap untuk seketika sebelum digrill. 

 

Sebenarnya bukan grill sahaja yang korang boleh buat, nak masak sup atau rebus pun boleh. Tapi seeloknya elakkan dari goreng salmon menggunakan minyak!

 

Banyak lagi makanan-makanan sihat lain yang boleh Maduners ambil untuk turunkan berat badan. 

 

Apa yang paling penting adalah elakkan makan makanan berminyak, berlemak dan manis.

 

Penjagaan makanan bukan hanya perlu dibuat dalam tempoh berpantang sahaja, malah ibu-ibu perlu konsisten dan disiplin demi memiliki bentuk badan yang ideal.

Post a Comment