Berbakul- bakul Eyebag, Hilangkan Panda Eyes Korang Dan Jadi Faboulous! – Manis Madu

Berbakul- bakul Eyebag, Hilangkan Panda Eyes Korang Dan Jadi Faboulous!

Malu sebab ada panda eyes? Ketahui punca-punca dan cara mengurangkannya bersama Madu!

Maduners tahu ke, punca-punca dark circles atau orang selalu sebut ‘panda eyes’ bawah mata? Jom kita selidik beberapa sebab terjadinya dark circles, manalah tahu boleh membantu.

Punca-punca Dark Circles

1. Keletihan

Terlebih tidur, ataupun terlalu letih boleh menyebabkan terjadinya panda eyes. Ini kerana kulit menjadi kusam dan pucat, sehingga mampu menggelapkan kulit bawah mata.

2. Alahan

Alahan dapat meningkatkan keinginan Maduners untuk menggosok kulit di sekitar mata jika gatal atau terlampau kering.

 

Penyelesaian mudah bagi alahan adalah hanya perlu tukar sahaja gaya hidup boleh membantu mengurangkan atau menghapuskan mata bengkak.

3. Pendedahan Cahaya Matahari Berlebihan

Menurut Healthline, pigmentasi yang menggelapkan kulit bawah mata boleh terhasil akibat terlalu terdedah dengan cahaya matahari.

Cara-cara Mengurangkan Dark Circles

 

View this post on Instagram

 

A post shared by SKIN CLINIC | Acne | Scar (@mediiskinstudio) on

1. Letakkan Uncang Teh Sejuk – Teh mengandungi kafeina dan antioksida yang boleh memperbaiki penampilan kulit.

 

2. Chemical Peels – Kulit bawah mata yang tampil gelap boleh dikurangkan dengan chemical peels. Ia juga boleh melicinkan kulit.

 

3. Solekan – Disebabkan dark circles tidak boleh hilang serta-merta, solekan menggunakan concealer mampu menutup dark circles Maduners jika nak jalan-jalan.

Apa-apa pun, panda eyes atau tidak, Madu percaya Maduners semua cantik seadanya! Tak perlu insecure, ambillah info dari artikel ini sekadar self-care pun telah mencukupi.

Post a Comment