Berbuka Puasa Dengan Hanya RM100 sahaja di Hotel Royale Chulan Kuala Lumpur! – Manis Madu

Berbuka Puasa Dengan Hanya RM100 sahaja di Hotel Royale Chulan Kuala Lumpur!

Tinggal beberapa minggu lagi, umat Islam di seluruh dunia akan menyambut bulan Ramadhan dan pasti teman-teman Madu begitu teruja kerana diberi kesempatan sekali lagi untuk menyambut bulan yang berkah iaitu Ramadhan al Mubarak.

 

Pada ketika ini, mungkin Teman Madu sudah mula mencari tempat-tempat yang menarik untuk berbuka puasa kelak, tak kisahlah dengan keluarga ataupun sahabat handai. Berbuka puasa di luar, menjadi pilihan utama  bagi yang tinggal di sekitar Lembah Klang. Ini mungkin disebabkan dengan keadaan trafik yang agak sesak, kekangan masa untuk meyediakan juadah berbuka, menjadi punca kenapa warga yang tinggal di Lembah Klang memilih untuk berbuka di kedai makan, restoran dan juga di hotel.

Baru-baru ini, Madu berpeluang untuk menghadiri preview juadah berbuka puasa di hotel yang terletak di “Golden Triangle” iaitu Hotel Royale Chulan, Kuala Lumpur. Terdapat pelbagai jenis juadah yang menarik dan semestinya sedap (of course). Tema pada tahun ini ialah “Citarasa Nusantara Ramadan Buffet” di Mahsuri Courtyard dan bermula pada 7 Mei sehingga 4 Jun 2019.

Fotografi Manis Madu

 

Senarai juadah yang istimewa di Mahsuri Courtyard kelak seperti Signature Royale Bubur Lambuk, The First Ever Shell-Out Spread, Kambing Golek, Bee Hoon Sup Utara Mai, Lontong Samudera, Cendol Durian dan bermacam-macam lagi.

Fotografi Manis Madu

Fotografi Manis Madu

Fotografi Manis Madu

Fotografi Manis Madu

Mengiurkan bukan? Jom, tunggu apa lagi, ramai-ramai kita serbu Mahsuri Courtyard pada bulan Ramadhan kelak. Pasti Teman Madu nak tahu berapakah harga untuk seoarang. Harga untuk dewasa ialah RM150nett dan bagi kanak-kanak yang berusia 6 sehingga 12 tahun, hanya RM75nett. Yang menariknya, bagi yang datang pada puasa ke-2 sehingga ke-6, harga untuk dewasa hanya RM100nett sahaja.

 

Untuk maklumat yang lebih terkini, boleh mengikuti laman sosial Hotel Royale Chulan KL di Instagram @royalechulankl dan Facebook @royalechulankualalumpur .

Post a Comment