Bercuti Ke Baling, Kedah! Masa Untuk Hirup Udara Segar & Lari Dari Kesibukan Bandar!
Dah setahun kan kita berdepan dengan pandemik Covid-19, Dah hampir setahun jugalah yang kaki travel tak dapat keluar bercuti ke sana sini. Hari ini, Anis nak share dengan Maduners satu destinasi percutian bajet yang berbaloi tapi tak perlukan perbelanjaan yang tinggi.
Destinasi yang Anis maksudkan adalah Baling, Kedah!
#1 Gunung Baling
View this post on Instagram
Maduners tengok lah view dari puncak Gunung Baling ini, cantikkk sangat kan! Gunung yang memiliki ketinggian 420-meter ini mula dikenali sejak gambar-gambar keindahan puncak gunung ini mula viral sekitar tahun 2015. Sejak viral, gunung ini pernah menerima pengunjung kira-kira 500 orang satu hari!
Maduners yang gemar aktiviti mendaki gunung sangat-sangat disarankan untuk datang ke sini. Confirm tak menyesal! Kalau Maduners nak tahu, sebelum gunung ini viral dan ramai orang tahu tentang kewujudan dia, Gunung Baling ini biasanya didaki oleh orang kampung yang mencari hasil hutan dan menjerat burung.
#2 Kolam Air Panas Ulu Legong
Sumber Gambar: denai.my
Okay, Kolam Air Panas Ulu Legong ini juga merupakan salah satu tempat menarik untuk Maduner kunjungi. Dengan hanya RM6, Maduners dapat mandi di kolam air panas sampai pagi!
Sumber Gambar: rajalepak.com
Kalau datang ke sini, Maduners jangan risau! Terdapat pelbagai kemudahan yang disediakan. Contohnya seperti dewan seminar, taman permainan kanak-kanak, kolam air panas, tempat letak kenderaan, surau, outdoor gym, tandas awam, bilik persalinan, tapak BBQ, medan selera dan banyak lagi.
Nak menginap di sini pun boleh kerana tempat penginapan pun ada. Yang penting tempat penginapan dia selesa dan harga berpatutan.
#3 Gua Jepun
View this post on Instagram
Gua Jepun ini adalah sejenis gua batu kapur yang terletak lebih kurang satu kilometer dari Pekan Baling. Gua ini dulu digunakan oleh tentera Jepun untuk menyimpan barangan berharga seperti emas dan senjata. Agaknya kalau pergi explore dapat ke jumpa emas?
#4 Gua Sireh
View this post on Instagram
Gua Sireh juga merupakan salah satu tarikan pelancong ke Daerah Baling. Gua yang berkeluasan mencecah 192-meter lebar dan ketinggian antara 60 hingga 80-meter ini dulunya digunakan oleh penduduk setempat untuk mencari najis kelawar untuk dibuat baja sahaja tapi sekarang ia sudah bertukar wajah dan dijadikan tempat pelancongan.
View this post on Instagram
Dengan hanya RM10 (dewasa) dan RM5 (kanak-kanak), Maduners boleh menikmati keindahan dalaman Gua Sireh yang memukau mata dan akan dibawa masuk oleh jurupandu. Anis boleh katakan, tak membazir habiskan RM10 untuk terokai Gua Sireh ini!
#5 Lata Bayu
View this post on Instagram
Haa! Ini satu lagi tarikan yang ada di Baling! Sebenarnya, di Daerah Baling ini memang banyak lata air terjun tapi ini antara yang menjadi tarikan dan terkenal di sana. Maduners kalau mandi manda dan bersantai di sini, memang puas hati dapat luangkan masa jauh dari kesibukan bandar.
Air terjunnya bersih, sejuk dan terdapat kemudahan yang disediakan seperti tandas, surau, tempat berkhemah dan jungle tracking.
Sumber Gambar: www.percutianbajet.com
Uniknya, terdapat air terjun dengan ketinggian 20-meter membentuk kolam semulajadi yang dikenali sebagai Lubok Lesung. Anis sangat sarankan untuk Maduners yang nak tenangkan fikiran dan have fun untuk datang dan rasai sendiri pengalaman berada di sini!
Bila baca satu-satu detinasi yang Anis cadangkan, boleh terbayang tak diri Maduners bersantai dengan keluarga jauh dari kesibukan bandar? Apa lagi, plan cepat percutian ke Baling, Kedah!