Berhenti Salahkan Diri Sendiri Jika Menghidap Vaginismus, Dapatkan Rawatan Segera! – Manis Madu
Berhenti Salahkan Diri Sendiri Jika Menghidap Vaginismus, Dapatkan Rawatan Segera!

Berhenti Salahkan Diri Sendiri Jika Menghidap Vaginismus, Dapatkan Rawatan Segera!

Sejak kebelakangan ini, kesedaran mengenai penyakit vaginismus semakin kerap dikongsi dan disebarkan kepada orang ramai supaya cakna dengan isu ini.

 

Hari ini, Anis nak kongsikan serba sedikit info mengenai penyakit ini. Buat Maduners yang masih samar-samar tentang vaginismus, boleh lah baca dan kongsikan dengan kawan-kawan!

 

Apa Itu Vaginismus?

Vaginismus merupakan satu keadaan apabila isteri berasa tidak selesa atau sakit semasa melakukan hubungan intim berama suami. Ada juga kes, si isteri berasa takut saat melakukan hubungan tersebut.

Menurut ahli seksologi, Dr Martha Lee, vaginismus adalah satu keadaan yang dialami oleh wanita semasa dinding vagina mengetat secara tidak sengaja jika ada sesuatu yang masuk ke dalamnya. Contohnya, zakar suami atau alat uji pelviks yang dilakukan oleh doktor.

 

Sebahagian wanita yang mengalaminya merasakan keadaan ini datang secara spontan terutama ketika melakukan hubungan badan. Sakit yang dialami saat itu berpunca daripada otot yang mengeras di sekitar vagina dan berlaku secara tak disangka-sangka.

 

Tambahnya lagi, dinding vagina akan menjadi ketat kerana otot di dasar panggul terutama otot pubococcygeus yang membuatkan pesakit tidak sedar bahawa vaginismus menyebabkan mereka rasa sakit semasa bersama suami. Sakitnya terasa seperti tubuh badan dikoyak, terbakar atau suami menujah dinding yang sukar ditembus.

 

Otot vagina yang mengetat itu juga kadangkala boleh menyebabkan zakar rasa tersepit atau sulit untuk dikeluarkan.

 

Untuk pengetahuan Maduners, vaginismus terbahagi kepada dua keadaan:

 

  • Vaginismus Primer

Mengalami rasa sakit setiap kali melakukan hubungan intim

 

  • Vaginismus Sekunder

Berlaku apabila isteri mengalami kekerasan seksual atau pernah melalui proses bersalin yang sukar hingga menimbulkan rasa takut untuk melakukan hubungan seks

 

Simptom Vaginismus

  • Semasa melakukan hubungan intim, rasa seperti panas membakar diikuti otot vagina mengejang
  • Sakit dan rasa tidak selesa semasa penetrasi (zakar masuk ke dalam vagina) atau sukar penetrasi hingga zakar tidak dapat masuk sepenuhnya dalam kemaluan
  • Rasa sakit dan tidak selesa semasa menjalani ujian pelvis dengan doktor.
  • Sakit secara berterusan semasa hubungan seksual
  • Sukar bernafas semasa melakukan hubungan seks. Otot juga berasa kejang.
  • Sakit atau tidak selesa semasa menjalankan hubungan intim selepas bersalin
  • Cuba untuk mengelak daripada berhubungan seks kerana bimbang sakit atau gagal mendapatkan orgasme

 

Punca-Punca Vaginismus

  • Takut mengandung
  • Sentiasa membayangkan seks adalah aktiviti suami isteri yang menyakitkan
  • Cemas semasa melakukan hubungan seksual
  • Trauma dengan pengalaman yang berkaitan dengan kekerasan seksual
  • Ikatan emosi dengan pasangan kurang
  • Pengetahuan seksual yang minimum
  • Komplikasi semasa bersalin sama ada secara normal atau czer
  • Pernah dirogol
  • Vagina kering kerana masalah hormon
  • Kekurangan cairan vagina disebabkan menopause
  • Sakit di bahagian pelvis kerana pembedahan atau kecederaan

 

Data mendapati, hampir 90% wanita yang mengalami vaginismus adalah berpunca daripada faktor psikologi seperti cemas, takut, bimbang dan lain-lain. Manakala 10% lagi adalah disebabkan daripada fizikal.

Dr Boyke Dian, konsultan dalam bidang seksual mengatakan, wanita yang dibesarkan dalam persekitaran keluarga sangat Islamik, merasakan seks adalah aktiviti yang dilarang hingga mereka berasa takut semasa disentuh meskipun selepas berkahwin.

 

Cara Mengatasi Masalah Vaginismus

Buat para wanita yang menghadapi masalah ini, jangan bimbang kerana isu ini boleh ditangani dan sembuh dengan cara terapi, latihan dan teknik ketenangan.

 

1) Psikoterapi

Psikoterapi dianggap prosedur penting dalam penyembuhan masalah ini kerana doktor perlu tahu punca pesakit menghadapi vaginismus.

 

2) Teknik bertenang

Teknik ini digunakan supaya dapat membantu wanita berasa tenang dan lebih rileks semasa melakukan hubungan seks.

 

3) Pendidikan seks

Mengajar wanita tentang anatomi tubuhnya yang berkaitan dengan seksual sekaligus membantu agar lebih memahami apa itu vaginismus. Selain itu, pesakit turut dilatih teknik untuk membantu otot dasar panggul (otot kegel) menjadi lebih rileks dan suami boleh melakukan penetrasi tanpa mendatangkan kesakitan terhadap isteri.

 

4) Persiapan semasa hubungan intim

Wanita yang mengalami masalah ini perlu mendapatkan kerjasama daripada suami sekaligus menguatkan jalinan emosi dan kepercayaan

antara suami isteri. Suami isteri juga akan diajar variasi teknik untuk menghindari otot vagina mengejang sehingga membuatkan isteri rasa sakit.

Buat para wanita yang mengalami masalah vaginismus, jangan terlalu menyalahkan diri sendiri! Dapatkan rawatan segera dengan sokongan dan kerjasama penuh daripada suami tercinta.

Post a Comment