Berjangkit Daripada Pesakit, Jururawat Sarat Hamil Temui Ajal Kerana Covid-19 – Manis Madu
Siti Aishah Jururawat Sarat Hamil Temui Ajal Kerana Covid-19

Berjangkit Daripada Pesakit, Jururawat Sarat Hamil Temui Ajal Kerana Covid-19

Keadaan semasa isu Covid-19 bukan lagi perkara mainan. Malaysia sudah beberapa kali mencapai angka kes tertinggi selama berhari-hari.

 

Situasi yang semakin meruncing ini sangat memberi kesan kepada para petugas barisan hadapan. Tugas mereka semakin mencabar dalam menangani pesakit Covid-19 yang semakin ramai.

 

Menurut Kisah Dunia, nasib malang menimpa seorang jururawat dikenali sebagai Siti Aishah Mohd Zamri yang dijangkiti wabak ini dipercayai berjangkit daripada salah seorang pesakit di tempatnya bertugas.

 

Lebih memilukan, Siti Aishah sedang sarat hamil tujuh bulan. Walau bagaimanapun, Siti Aishah serta bayi dalam kandungannya telah disahkan meninggal dunia pada jam 10.45 pagi di Unit Rawatan Rapi (ICU).

Allahyarham Siti Aishah dan Muhammad Iqmall

Terdahulu, suami allahyarham, Muhammad Iqmall sempat membuat hantaran di laman Facebook supaya orang ramai mendoakan kesembuhan isteri serta anaknya. Namun kini, hantaran berkenaan telah dipenuhi dengan ucapan takziah daripada kenalan serta ahli keluarga.

Begitu besar jasa dan pengorbanan seorang frontliner. Salam takziah buat suaminya serta seluruh ahli keluarga!

Sumber Gambar: Muhammad Iqmall

Post a Comment