Berjaya Berada Dalam Senarai 10 Atlet Terbaik, Undian Akan Tamat Pada 1 Februari! – Manis Madu
Nicol David Berjaya Berada Dalam Senarai 10 Atlet Terbaik

Berjaya Berada Dalam Senarai 10 Atlet Terbaik, Undian Akan Tamat Pada 1 Februari!

Umum mengetahui Ratu Skuasy Malaysia, Datuk Nicol Ann David telah tersenarai dalam Anugerah Atlet Terunggul Sepanjang Zaman Sukan Dunia (The World Games).

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Nicol David (@nicoldsquash)

Bekas pemain nombor satu dunia ini juga merupakan satu-satunya rakyat Malaysia dan Asia yang berjaya menjadi antara 24 atlet terawal yang dicalonkan dalam anugerah berprestij dunia ini.

 

Pada 20 Januari lalu, keputusan senarai pendek sebanyak 10 atlet telah diumumkan dan nama Datuk Nicol juga turut berada dalam senarai tersebut!

 

View this post on Instagram

 

A post shared by The World Games (@theworldgames)

Senarai calon GOAT (Greatest of All The Time) ini mula diterbitkan pada 4 Januari tahun ini dan pengundian telah dilaksanakan bermula 8 Januari. Dari 20 Januari, hanya 10 atlet teratas yang tinggal dan keputusan akhir akan diumumkan pada 1 Februari 2021.

 

Pada Isnin 25 Januari lalu, undian Datuk Nicol mencatatkan sebanyak 200,043 undian dan masih kekal berada di kedudukan pertama! Haa, Maduners jangan lupa untuk undi ya!

Sebelum itu, ada beberapa perkara korang perlu ambil tahu tentang pengundian iaitu:

 

  1. Korang hanya boleh mengundi SEKALI setiap 24 jam.

 

  1. Undian mesti diberikan kepada dua calon: 1 undian untuk calon pilihan pertama dan 1 undian untuk calon pilihan kedua.

 

  1. Jika korang cuba memberikan undian pada satu calon sahaja, undian tersebut TIDAK akan didaftarkan.

 

Undian akan tamat pada hari Isnin 1 Februari jam 9 malam waktu Malaysia.

Post a Comment