Berjaya Rakam Gangguan Makhluk Halus, Wanita Cerita Anak Kerap Nampak ‘Kakak’ – Manis Madu
Berjaya Rakam Gangguan Makhluk Halus, Wanita Cerita Anak Kerap Nampak ‘Kakak’

Berjaya Rakam Gangguan Makhluk Halus, Wanita Cerita Anak Kerap Nampak ‘Kakak’

Satu hantaran di laman TikTok baru-baru ini mendapat perhatian warganet mengenai kisah seram yang berlaku terhadap seorang wanita.

 

Video yang dimuat naik Arina Yasmin menunjukkan sebuah kipas yang wayarnya tidak disambungkan ke sumber elektrik bergerak secara sendiri. Difahamkan, ketika itu juga tiada angin kencang atau ‘bantuan’ angin daripada sumber lainnya untuk membolehkan kipas itu bergerak.

Lebih menyeramkan, kipas itu secara perlahan-lahan berhenti ketika berpusing menghadap wanita itu. Aigooo, cering bulu roma!

 

Tambah Arina, video berkenaan berjaya dirakamnya sekitar setahun lalu untuk ditunjukkan kepada suaminya bahawa rumah yang dihuni mereka berhantu dan berdepan gangguan makhluk halus.

 

“Time ni tengah sarat mengandung. Video ni aku record sebab nak tunjuk kat suami aku. Suami aku pun tau memang takdak angin, cuma pasang kipas siling ja time ni. Video ni setahun yang lepas,” ceritanya.

 

Dalam video lainnya, Arina turut menceritakan beberapa gangguan lain yang dihadapi ketika menyewa di rumah tersebut antaranya anaknya kerap diganggu sehingga menangis dan ketakutan, terdengar bunyi ketukan dari luar rumah tetapi tiada orang, bunyi mainan anaknya dimainkan dan banyak lagi.

Difahamkan, dia juga sudah berpindah ke rumah lain memandangkan ketika itu dia akan bersalin dan berpantang demi mengelakkan gangguan yang lebih serius dalam tempoh itu.

Post a Comment