Bermula Dengan Hanya 200 Roti Burger Sehari, Ramly Burger Kini Catat Jualan Tahunan RM1 Bilion! – Manis Madu
Bermula Dengan Hanya 200 Roti Burger Sehari, Ramly Burger Kini Catat Jualan Tahunan RM1 Bilion

Bermula Dengan Hanya 200 Roti Burger Sehari, Ramly Burger Kini Catat Jualan Tahunan RM1 Bilion!

Sebut pasal Ramly Burger, siapa tak kenal! Korang belum cukup Malaysia kalau tak pernah makan burger daripada Ramly Burger.

 

Ramly Burger telah menjadi satu jenama yang sinonim dengan makanan jalanan dan sangat sebati dalam kalangan ramai anak muda Malaysia.

ramly-burger

Burger halal ini dibuat khas untuk menepati citarasa tempatan dan yang menariknya, bukan sahaja harga berpatutan tetapi burger ini juga lazat setanding jenama-jenama besar!

 

Peniaga tempatan juga kebanyakannya akan menggunakan produk jenama Ramly untuk burger mereka namun, tidak ramai daripada mereka yang tahu tentang sejarah pemilikan Ramly Burger.

Pemilik Ramly Burger

Ramly bin Mokni merupakan insan di sebalik kejayaan Ramly Burger dilahirkan di Tanjung Piandang, Perak, dan merupakan anak kelapan daripada 16 adik-beradik.

founders-Ramly-Dato Dr. Hj. Ramly Mokni

Ramly diketahui memiliki personaliti down to earth dan pernah dikesan membeli burger daripada penjual jalanan yang menggunakan nama Ramly Burger tanpa mendedahkan identiti sebenarnya.

 

Beliau dibesarkan di Sekinchan sebelum berpindah ke Kuala Lumpur untuk mencari peluang pekerjaan.

 

Semuanya bermula pada 1978, apabila Ramly yang ketika itu bekerja sebagai pemotong daging mula membaca berita tentang burger halal. Ramai rakyat Malaysia melahirkan kebimbangan sama ada roti burger yang diimport itu halal atau tidak pada masa itu.

 

Ramly dan isterinya, Shala Siah binti Abdul Manap, melihat potensi perniagaan dan memutuskan untuk mula membuat roti burger mereka sendiri.

Tidak berputus asa

Ramly-burger-dulu-sekarang

Beliau mengakui perjalanannya untuk memulakan perniagaan bukan satu fasa yang mudah. Pelbagai perkara telah dilalui termasuk bergelut mendapatkan pinjaman kerana permohonannya kerap kali ditolak pelbagai agensi dan bank.

 

Kekangan wang yang dihadapi oleh Ramly Burger ketika mula-mula ditubuhkan telah menjadi cabaran terbesar bagi mereka untuk terus berniaga. Majlis Amanah Rakyat (MARA) menafikan permohonan pembiayaannya dengan alasan hanya segelintir rakyat Malaysia yang makan burger.

 

Oleh itu, beliau tiada pilihan selain memulakan syarikatnya dengan hanya RM2,000 dan menghasilkan 200 roti burger setiap hari.

 

Patty ini tidak berjalan dengan baik pada permulaan perniagaan mereka. Kurang mendapat sambutan kerana rakyat Malaysia pada ketika itu tidak menggemari burger.

 

Namun, Ramly enggan berputus asa dan mengasaskan kedai burger kecil di Chow Kit. Beliau juga bereksperimen dengan perisa patties untuk memberikan rasa yang lebih menepati citarasa serantau.

 

Seiring dengan permintaan meningkat, tanpa sedar Ramly sudah menghasilkan sebanyak 3,000 roti dalam satu hari dan memandangkan perniagaannya berkembang pesat, dia kemudiannya mendaftarkan syarikatnya pada tahun 1980.

 

Pada tahun 1984, Ramly membina kemudahan seluas 100,000 kaki persegi di Bandar Tun Razak di mana pengeluaran patties meningkat kepada 10,000 dalam sehari.

 

Pada 2018, beliau membina kilang ketiga, yang ini lebih besar dan meningkatkan pengeluaran kepada 1 juta roti setiap hari. Beliau juga mengembangkan perniagaannya dengan menyediakan pelbagai pilihan produk lain termasuk bebola daging, sosej, nugget, daging cincang dan lain-lain.

Ramly plant

Berkat kesabaran dan ketabahan Ramly dan isterinya, Ramly Burger kini mempunyai jualan tahunan RM1 bilion dan menggunakan kira-kira 1.5 tan daging setiap hari untuk membuat pelbagai barangan jenama Ramly. Hebatnya!

 

Produk Ramly kini boleh didapati di Singapura, Thailand, Vietnam, Indonesia dan Bangladesh. Selain itu, beliau memiliki 16 Ramly Halal Mart dan 12 Ramly Halal Kiosk di Malaysia.

Sumber: Ramly, Richardker

Post a Comment