Bersedia Untuk Shopping, Daiso Dah Ada Online Store! – Manis Madu
Bersedia Untuk Shopping, Daiso Dah Ada Online Store

Bersedia Untuk Shopping, Daiso Dah Ada Online Store!

Habislah, kaki online shopping akan terperangkap di Online Stores Daiso via Shopee.

Orang selalu kata, kedai Daiso ini berhantu. Kenapa? Kalau masuk sahaja kedai Daiso, memang tak sah kalau tak beli apa-apa. Ada jer benda yang nak dibeli.

Walaupun risau duit akan melayang nanti, Madu rasa ini antara inisiatif terbaik pihak Daiso untuk melancarkan kedai dalam talian semasa musim Covid-19 ini. Tak perlu lagi bersesak-sesak dalam kedai sebab nak shopping.

Dah alang-alang artikel ini menjemput Maduners untuk membeli-belah, cuba tengok tweet ini. Hampir kesemua barangan yang disenaraikan memang function betul!

Lepas baca thread ini, baru terfikir nak bersihkan mesin basuh. Selama ini ingatkan bersih jer dalam tu.

Haa, ini pula untuk gegirls. Puff Sponge Detergent berjenama Daiso ini pula bukan sahaja boleh membersihkan beauty blender, malahan boleh menanggalkan kesan make-up pada tudung. Yang ini memang must-have!

Menurut SAYS, setiap pembelian akan dikenakan bayaran untuk penghantaran. Tapi Madu pun dah periksa sendiri, tak mahal pun! Berpatutan sebab kita shopping pun dari rumah sahaja.

Jadi, Maduners dah sedia nak habiskan duit? Klik link ini untuk terus ke halaman Daiso di Shopee https://shopee.com.my/daiso.os . Thank me later!

Post a Comment