Bersiar-Siar Di Pantai Seorang Diri, Gadis Cuak Tiba-Tiba Tak Jumpa Jalan Keluar! – Manis Madu
Bersiar-Siar Di Pantai Seorang Diri, Gadis Cuak Tiba-Tiba Tak Jumpa Jalan Keluar!

Bersiar-Siar Di Pantai Seorang Diri, Gadis Cuak Tiba-Tiba Tak Jumpa Jalan Keluar!

Baru-baru ini, seorang gadis dikenali sebagai @roy di TikTok berkongsi detik cemas apabila secara tiba-tiba tidak jumpa jalan untuk pulang setelah bersiar-siar di pantai.

 

Ceritanya, pada suatu pagi gadis ini sengaja bersiar-siar dengan berjalan kaki ke beberapa tempat sebelum singgah ke sebuah pantai bersendirian untuk menghirup udara segar.

 

Dianggarkan, gadis berkenaan telah berjalan sejauh 2 kilometer di tepi pantai dan tanpa disedari dia semakin jauh dari titik mula tetapi dia tetap meneruskan perjalanannya.

 

Cerita gadis itu lagi, dia terpaksa memanjat batu di sepanjang perjalanannya memandangkan ketika itu air sudah semakin naik. Tambah mencemaskan, apabila merujuk kepada aplikasi navigasi, dia mendapati bahawa lokasinya sudah semakin jauh dari pintu masuk.

Gadis itu turut menjelaskan ketika itu dia sangat penat kerana sudah berjalan sejauh 7 km dan bertindak menghubungi talian kecemasan kerana sudah mula bimbang dan buntu.

 

Oleh kerana pada mulanya dia tidak dapat menghubungi talian kecemasan kerana tiada liputan, gadis itu terpaksa memanjat semula batu-batu di persisiran pantai untuk menghubungi pihak polis. Gadis itu juga menceritakan bahawa laluan batu itu sangat curam dan licin hingga dia hampir tergelincir.

 

Tidak lama selepas itu, gadis berkenaan menarik nafas lega apabila berjaya diselamatkan oleh beberapa orang anggota keselamatan polis dan bomba yang mencarinya sebelum dia dihantar pulang.

@acugesickalau baru balik dari hutan atau pantai, bersihkan diri dulu sebelum buat benda lain. jangan terus tidur walaupun dah penat sangat.

♬ follow me – πšŠπš›πšŠπš’πš•πš’πš–

β€œRescue bagitahu kawasan kita masuk tu memang keras sikit tapi alhamdulillah kat kita takda jadi apa apa, balik tu pun memang terus mandi dan solat,”

 

Dalam pada itu, pihak polis turut menasihatinya untuk segera mandi, ambil wuduk, tunggu solat zohor dan minum air bacaan yasin jika ada, sesampainya di rumah.

 

Meninjau ke ruangan komen, terdapat warganet mendedahkan bahawa laluan pantai yang dipercayai di Terengganu itu mempunyai 3 teluk dan salah satunya ada gua yang dikatakan sedikit β€˜keras’.

 

Gadis berkenaan juga mengakui bahawa dia turut merasai β€˜sesuatu’ ketika melalui laluan gua tersebut.

 

Dalam pada itu, dia turut menjelaskan bahawa adalah perkara biasa buatnya berjalan berseorangan tetapi kali ini dia tidak menyangka akan berdepan situasi seperti itu.

Post a Comment