Bertahun Menyepi, Adele Kembali Meledak! – Manis Madu
Bertahun Menyepi, Adele Kembali Meledak

Bertahun Menyepi, Adele Kembali Meledak!

‘Queen is back!’ itulah antara jutaan ungkapan peminat seluruh dunia apabila penyanyi Adele akhirnya kembali melancarkan lagu baharu berjudul Easy On Me, baru-baru ini.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Adele (@adele)

Semestinya, kemunculan Adele atau nama sebenarnya Adele Laurie Blue Adkins, 33, dinanti-nantikan ramai setelah bertahun lamanya.

 

Bermula dengan kemunculan misteri angka 30 di bangunan ikonik seluruh dunia termasuk Menara Berkembar Kuala Lumpur disusuli sesi memperdengarkan sedutan lagunya itu secara langsung di Instagram Live.

 

Sejak itu, jutaan peminat penyanyi ikonik ini seakan tidak keruan sebaik Adele sahkan pelancaran lagu baharunya. Muzik video rasmi Easy On Me di YouTube juga mencapai 60 juta tontonan dalam tempoh dua hari!

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Adele (@adele)

Namun, sudah menjadi lumrah ada segelintir juga pastinya kurang suka atau menganggap lagu itu sekadar lagu biasa. Hakikatnya, dia mengakui rakan terdekatnya juga beranggapan sama selepas mendengarnya.

 

“Saya ada menghantar sedutan lagu itu kepada tiga rakan terdekat ketika masih menulisnya sebelum ini. seorang kata tidak suka, seorang lagi cakap saya kena cuba usaha lagi dan yang seorang kata dia sibuk bekerja.

 

“Apa pun, itu sebenarnya maklum balas yang cukup sempurna untuk saya. Mereka tidak rasa kagum atau tersentuh pun dengan lagu itu,” katanya.

 

Menurut Harian Metro, bagaimanapun, Adele terharu apabila terdapat bahagian lagi pula yang berjaya mengagumkan rakannya. Menurutnya, mereka memuji kegigihannya untuk tetap merealisasikan lagu itu tanpa mengalah.

 

Adele cukup dikenali dengan corak lagu yang beremosi dan menulis pengalaman hidup sendiri. Aspek itu juga menjadi sebab kenapa lagu-lagu dihasilkannya sering ‘berhantu’.

Post a Comment