Bertunang Atas Talian, Ayda Jebat dan Nabil Mahir Kongsi Berita Gembira – Manis Madu

Bertunang Atas Talian, Ayda Jebat dan Nabil Mahir Kongsi Berita Gembira

Menjadi kejutan yang baik kepada orang ramai apabila pasangan Ayda Jebat dan Nabil Mahir melangsungkan pertunangan mereka secara atas talian kerana PKP sedang dilaksanakan.

 

Ayda Jebat yang terkenal sebagai seorang pelakon dalam filem Pinjamkan Hatiku telah berkongsi berita baik tersebut di laman Instagram miliknya.

Menurut Ayda, majlis pertunangan yang berlangsung secara atas talian itu diadakan pada tarikh 28 April 2020 yang juga bersamaan dengan hari kelahiran pasangannya iaitu Nabil Mahir.

 

Mereka berdua yang berada di kediaman masing-masing di ibu negara telah bertunang melalui aplikasi Google Meet.

Menurut temu bual Ayda Jebat dengan Berita Harian, kedua-dua pihak keluarga telah berbincang untuk melangsungkan majlis pertunangan pada hari lahir Nabil.

 

β€œKedua-dua pihak keluarga mahu kami bernikah dengan secepat mungkin, tidak mahu tunggu lagi. Jadi untuk menghormati pihak keluarga, saya dan Nabil telah bersetuju menganjurkan majlis bertunang secara online” katanya.

Peminat dan netizen yang berasa gembira dengan berita pertunangan pasangan tersebut telah mengucapkan tahniah.

Post a Comment