Betul Ke Black Friday Hari Malapetaka? Tapi Kenapa Ramai Yang Seronok Sangat Dengan Hari Ini! – Manis Madu
Black Friday Hari Malapetaka

Betul Ke Black Friday Hari Malapetaka? Tapi Kenapa Ramai Yang Seronok Sangat Dengan Hari Ini!

Dalam socmed, ramai yang dah mula kecoh tentang Black Friday! Tapi kenapa kecoh sangat, apa yang istimewa pasal Black Friday dan paling penting ap aitu Black Friday?

Black Friday ini kalau kita terjemah dalam Bahasa Melayu, ia membawa maksud ‘Jumaat yang hitam’ dan dahulunya digunakan oleh masyarakat di Barat merujuk kepada peristiwa-peristiwa sedih atau tragis yang berlaku pada hari Jumaat.

 

Kalau Maduners imbas kembali, Black Friday ini disebut-sebut bermula sejak tahun 1952 lagi. Lamakan!

 

Katanya, pada hari selepas hari Thanksgiving, akan berlaku kesesakan yang sangat teruk di bandar-bandar serta orang penuh di jalanan. Oleh kerana itu akan ada kemalangan dan kekecohan pada hari tersebut. Maka hari tersebut digelar Black Friday. Haa ini lah peristiwa di sebalik Black Friday tapi sekarang dah lain!

Madu tak pasti bermula tahun bila tapi, satu hari selepas Thanksgiving yang mana digelar Black Friday, sekarang dah jadi sesuatu yang berkait rapat dengan keuntungan dan perniagaan iaitu hari Jumaat yang menandakan bermulanya musim membeli belah atau jualan hujung tahun! Lebih kurang macam Year End Sale.

Jadi pada hari Black Friday ini, para peniaga akan buat jualan dan promosi besar-besaran dan potongan harga yang ditawarkan kadang-kadang memang tak masuk akal! Murah! Kalau dekat luar negara, pusat membeli belah memang akan buka awal, seawal jam 12 tengah malam dan pada ketika inilah lazimnya promosi menarik dan murah ditawarkan!

Peristiwa Bahaya Ketika Black Friday

black-friday

Sumber Gambar: www.thevocket.com

Ada beberapa peristiwa yang dirakamkan dalam sejarah berkaitan Black Friday yang agak ekstrim bagi Madu. Antaranya, pada tahun 2011 terdapat seorang wanita menggunakan pepper-spray kepada orang ramai yang telah menghalang laluan dia sebab nak beli alat permainan Wii dengan potongan harga 60%.

 

Pada tahun 2016 telah berlaku tembakan rambang di 3 pusat membeli belah di New Jersey, Nevada dan Tennessee dan lelaki yang ditembak mati di New Jersey itu didapati mati! Haa! inilah penangan Black Friday di luar negara! Dasyat tak?

 

Di Malaysia walaupun kita jarang dengar pasal Black Friday tapi promosi atau jualan murah sempena Black Friday ada juga diamalkan. Maduners ada produk yang nak beli, apa-apa barang bolehlah beli waktu Black Friday ini!

 

~Stay Safe Maduners~

Post a Comment