Biadap! Penyampai Radio Hitz Sarawak Buat Video TikTok Ketawakan Cikgu Di DidikTV – Manis Madu
Penyampai Radio Hitz Sarawak Buat Video TikTok Ketawakan Cikgu Di DidikTV

Biadap! Penyampai Radio Hitz Sarawak Buat Video TikTok Ketawakan Cikgu Di DidikTV

Orang kata kalau nampak sesuatu yang kita kurang gemar, lebih baik diam ataupun boleh tegur secara baik, namun tindakan seorang penyampai radio boleh dikatakan sangat biadap apabila memuat naik video dirinya di TikTok mengetawakan cikgu yang mengajar di saluran DidikTV.

DidikTv dilancarkan bertujuan untuk membantu para pelajar mengikuti sesi P&P dengan lebih baik dan mudah di rumah masing-masing dan perkara ini kali pertama dilaksanakan maka sudah tentu akan wujud beberapa kekurangan yang boleh diperbaiki.

 

Tetapi tindakan penyampai radio tersebut adalah sangat tidak wajar dan memalukan guru dalam video tersebut.

Hitz_Sarawak_SS_1

Perkara ini serta merta menjadi bahan viral buat netizen dan lelaki tersebut terus menjadi sasaran kecaman netizen yang mempersoalkan tindakan penyampai radio tersebut dan apa tujuan sebenar dirinya memuat naik video yang memalukan tersebut.

Hujahan pertama di sini sebutan cikgu atau guru tersebut bukanlah suatu isu yang besar kerana subjek yang diajar bukanlah subjek Bahasa Inggeris tetapi adalah subjek Sains.

Hitz_Sarawak_SS_2

Seorang netizen yang juga seorang guru berkata penyampaian guru berkenaan untuk menyebut perkataan satu persatu adalah wajar kerana pengajaran tersebut adalah untuk pelajar tahun 2.

Perkara ini telah mendapat perhatian individu tersebut dan dia telah melakukan permohonan maaf secara terbuka di akaun Instagram dan Facebook miliknya.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Susup (@ssupyusuf)

Apa pendapat Maduners berkenaan perkara ini? Seperti biasa kalau tak ada perkara baik hendak dicakap, baik berdiam sahaja.

Post a Comment