Biar Betul? Perabot Ruang Tamu Ala MUJI Hanya RM16 Di Shopee! – Manis Madu
Perabot Ruang Tamu Ala MUJI Hanya RM16 Di Shopee

Biar Betul? Perabot Ruang Tamu Ala MUJI Hanya RM16 Di Shopee!

Zaman sekarang, semua benda di hujung jari kan? Nak beli perabot pun di hujung jari.

 

Tapi apa yang lagi seronoknya sebab benda yang di hujung jari itu semuanya benda yang best!

 

Maduners mesti sukakan perabot-perabot yang estetik kan? Contohnya macam ala-ala MUJI style, sekarang ini anda boleh dapatkan perabot-perabot hanya bermula RM16 saja!

 

Hari ini, Fazlan nak fokuskan pada perabot untuk ruang tamu dulu! Jom kita tengok.

1. Wall Hanging Rack

Wall Hanging Rack

Link Shopee: Wall Hanging RackĀ 

 

Ya, wall hanging rack ini memang biasanya akan diletakkan di ruang tamu di bahagian atas televisyen ataupun di bilik tidur.

 

Gayanya ringkas mesti akan menarik minat Maduners di luar sana yang sukakan gaya yang minimalis.

 

Paling best, harganya hanyalah RM16.90 sahaja!

2. Meja Kopi Pelbagai Bentuk

Meja Kopi Pelbagai Bentuk

Link Shopee: Meja Kop Pelbagai Bentuk

 

Siapa yang tak sukakan meja kopi kan?

 

Zaman sekarang, jarang dah kita lihat meja yang sebesar alam diletakkan depan ataupun sisi sofa.

 

Pada yang minat sangat dengan MUJI style, meja ini memang sangat sesuai sebab bentuknya yang bulat dan juga segi tiga itu sangat memberi impak kepada sesebuah ruang walaupun ianya kecil.

 

Jadi, padanan sofa yang besar dan meja kopi yang kecil ini akan membuatkan lebih banyak ruang dapat dijimatkan.

 

Tak adalah nanti rumah jadi macam Maze Runner nak kena selit-selit masa larikan?

3. Jam Dinding Kayu

Jam Dinding Kayu

Link Shopee: Jam Dinding KayuĀ 

 

Jam dinding ini sebenarnya memang sangat susah nak cari yang ikut citarasa kita.

 

Tapi, jam dinding yang Fazlan cadangkan ini memang sesuai dengan semua tema dekorasi lagi-lagi MUJI style-lah kan!

 

Jam dinding berbentuk bulat dan diperbuat daripada kayu ini memang menampakkan impak yang sangat minimalis dalam sesebuah rumah.

 

Masih mengekalkan gaya dekorasi yang asal, jam dinding berasaskan kayu ini sememangnya sesuai dengan semua jenis dekorasi.

4. Kabinet Televisyen

Kabinet Televisyen

Link Shopee: Kabinet Televisyen Gaya MUJI

 

Kabinet televisyen adalah perabot yang sangat memberi kesan kepada keseluruhan gaya dekorasi sesebuah ruang tamu.

 

Salah pilih, memang akan turn off terus kan bila tengok?

 

Ya, jadi untuk memudahkan Maduners yang sukakan MUJI style, ini dia kabinet televisyen yang sangat sesuai untuk anda dapatkan.

 

Paling penting, harganya masih mampu milik dan saiznya pun besar.

5. Rak Buku Pelbagai Guna

Rak Buku Pelbagai Guna

Link Shopee: Rak Buku Pelbagai Guna

 

Rak buku ini merupakan antara perabot yang wajib ada di ruangan ruang tamu!

 

Kadang-kadang bukan letak buku saja tapi macam-macam lagi barangan penting lain.

 

Rak buku yang Fazlan cadangkan ini memang sesuai digayakan untuk MUJI style! Harga pun sangat berpatutan!

 

Jadi, macam mana Maduners? Suka tak dengan senarai perabot MUJI style ini? Kalau suka jangan lupa kongsikan dengan kawan-kawan!

Sumber: NazriH

Post a Comment