Biar Betul? Sekurang-kurangnya 1 Daripada 10 Wanita Alami Keguguran – Manis Madu
Biar Betul Sekurang-kurangnya 1 Daripada 10 Wanita Alami

Biar Betul? Sekurang-kurangnya 1 Daripada 10 Wanita Alami Keguguran

Kajian yang dibuat oleh sekumpulan pengkaji dari Eropah ini turut menyatakan bahawa 11 peratus wanita di dunia akan mengalami keguguran sekurang-kurangnya sekali dalam hidup.

 

Kajian yang diterbitkan di laman sesawang The Lancet berkenaan juga mengatakan  bahawa anggaran terdapat hampir 23 juta kes yang melibatkan keguguran setiap tahun.

 

Dalam pada itu, kajian yang dijalankan oleh 31 orang penyelidik itu turut berpendapat kemungkinan kes keguguran di dunia lebih tinggi dari jumlah tersebut berikutan ada kes yang tidak dilaporkan.

 

Mengulas lebih lanjut dalam kertas kajiannya, 1 dari 50 orang wanita pula pernah mengalami 2 kali keguguran manakala kurang dari 1 peratus dari jumlah tersebut pernah mengalami hingga 3 kali keguguran.

Namun, ramai dari wanita di dunia percaya bahawa punca keguguran berlaku disebabkan oleh punca seperti mengangkat barang berat tetapi sebenarnya tidak.

 

Kebanyakan kes yang berlaku juga percaya bahawa tiada sebarang rawatan yang boleh mengelakkan keguguran namun tanggapan itu salah sama sekali.

 

Kepada pasangan yang mengalami masalah keguguran, dinasihatkan mereka untuk mendapatkan rawatan kerana lazimnya kes yang tidak dirawat boleh mendatangkan mudarat kepada isteri dan suami seperti kemurungan dan kekecawaan dengan diri sendiri.

 

Di akhir kajian, dinyatakan bahawa keguguran kebiasaannya berlaku ketika usia kandungan mencecah 20 hingga 24 minggu.

Post a Comment