Bil Elektrik Melambung Naik Ketika Musim Panas Berpunca Daripada Mesin Penapis Air? – Manis Madu
Bil Elektrik Melambung Naik Ketika Musim Panas Berpunca Daripada Mesin Penapis Air

Bil Elektrik Melambung Naik Ketika Musim Panas Berpunca Daripada Mesin Penapis Air?

Ketua Retail Tenaga Nasional Berhad (TNB) Selangor, Ismail Lathifi Teh berkata, selain daripada pendingin hawa dan peti sejuk, penapis air juga merupakan antara penyumbang utama peningkatan bil elektrik!

penapis air

Kalau Maduners nak tahu, mesin penapis air kebanyakannya mempunyai fungsi pemanas dan penyejuk kan? Fungsi tersebut sebenarnya memerlukan penggunaan elektrik yang banyak untuk mengekalkan suhu air dalam mesin tersebut.

 

Haa, sebab itu, lebih kerap korang buka pintu peti sejuk atau ambil air sejuk daripada penapis air, lebih banyak tenaga elektrik yang akan digunakan oleh peralatan tersebut unutk mengekalkan suhu sejuk!

 

Ismail Lathifi berkata, misalnya jika tangki penapis minuman yang menyimpan air sejuk habis, ia akan diisi dengan air baharu dan kompresor akan berfungsi menyejukkan air berkenaan.

 

Menurutnya lagi, jika lebih banyak isian semula berlaku, lebih kerap kompresor bekerja serta akan meningkatkan kadar penggunaan elektrik.

pendingin hawa

Dalam pada itu, pengguna juga dinasihatkan untuk menetapkan pemasa pada alat penyaman udara serta menetapkan suhu antara 24 hingga 26 darjah celcius sahaja bertujuan menjimatkan penggunaan elektrik.

 

Beliau juga turut menyarankan agar pengguna melakukan servis terhadap penyaman udara secara berkala supaya ia dapat berfungsi dengan lebih efisien dan jimat.

Post a Comment